Badan Arif Naik B1ntik-B1ntik, Tya Arifin Buat Ujian Alerg1k – “Kasihan Selama Ni Tahan Makan Coklat, Keju, Tapi Rupa-Rupanya…”

Dek bimbangkan kesihatan anak sulungnya, Arif Jiwa, pelakon dan usahawan Tya Arifin akhirnya memutuskan untuk melakukan ujian alerg1k kulit di sebuah pusat perub4tan di ibukota baru-baru ini.

Ded4h Tya, anak lelakinya itu mengalami beberapa gejala antaranya susah bernafas, bersin dan badan berb1ntik-b1ntik tanpa mengira waktu.

“Saya bawa Arif ke klinik sebab dia susah nak bernafas kalau waktu malam, ada masalah bersin-bersin. Suka datang suka pergi dan datang lagi.

“Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selesema, minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.

“Kerana tak puas lagi, datanglah ke doktor untuk ujian alerg1k,” kongsi Tya bersama sepotong video bersama Arif melakukan ujian terbabit.

Hasil daripada ujian yang menelan kos sekitar RM700 hingga RM1,000 itu, Arif mengalami alerg1k pada debu.

“Ingatkan sebab tak boleh minum susu, makan kacang atau keju. Buat juga ujian haiwan peliharaan. “Tapi hasilnya, Arif memang alerg1k debu,” tambah Tya.

Justeru, Tya berpesan agar sentiasa menjaga kebersihan kediaman termasuk menukar sarung bantal, karpet dan langsir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Kena selalu lihat kebersihan karpet, bantal dan langsir. Tukar lima ke tujuh hari sekali. “Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci.

Elakkan tempat berkapet. “Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif kena tahan makan coklat, keju dan sebagainya.

Komen Netizen:

Ternyata debu je,” kata Tya lagi.  Untuk rekod, Arif Jiwa, 2, merupakan anak sulung kepada Tya dan Asyraf Khalid yang telah berkahwin pada 1 November 2015.

Tya menimang cahaya mata kedua, Azzahra Jiwa Asyraf pada Mei 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*