“Ini kucing ke slime?” – [VIDEO] Dengar Bunyi Mengiau Lama, Wanita Selamatkan Kucing Tersek4t Dalam Motor

Di musim sejuk atau musim hujan, biasanya si bulus akan mencari tempat-tempat tertutup untuk mereka berselindung dan menghangatkan diri.

Kalau kucing peliharaan, sudah tentu tersedia tempat berlindung, Tapi kalau kucing liar, di mana-mana pun mereka boleh menyorok, asalkan mereka dapat elakkan diri dari kesejukkan.

Namun, baru-baru ini tular di Tiktok berkenaan seorang wanita terpaksa membuka bahagian hadapan motornya untuk menyelamatkan anak kucing yang berlindung di dalamnya. Aih, dalam sangat menyorok tu dik…

Pemilik video yang bernama Wawa itu menyatakan bahawa dia perlu ke bengkel untuk mengeluarkan anak kucing tersebut. Sebaik saja bahagian motor yang menempatkan nombor plat itu dibuka, mereka dilihat menarik si bulus mini itu keluar.

Si kucing cilik itu kemudiannya terpinga-pinga sebelum terus melompat lari, dikatakan kerana p4nik akib4t terperangkap lama. Macam manalah dia boleh masuk dalam tu…

Menurut penjelasan wanita itu, bunyi mengiau itu telah didengarinya sejak pagi lagi, namun awalnya dia menganggap bahawa dia tersalah dengar. Namun menjelang malam, suara kucing itu semakin kuat hingga didengari oleh rakan-rakan wanita tersebut.

Video:

@salwanflhh

nangis kasian bgt gatau dr kapan dia disitu😭

♬ 오리지널 사운드 – WayV Official – WayV Official

Setelah memerhati sekeliling motosikal hitam itu, barulah mereka terlihat ada kelibat kucing yang tersekat di dalamnya.

Klip ini tular di Tiktok dengan jumlah tontonan lebih satu juta, di mana kebanyakkan netizen tertanya-tanya dari mana kucing tersebut masuk ke dalam. Ada juga yang menganggap kucing ini sebagai makhluk air cair seperti slime kerana kebolehannya menyelit di ruang kecil itu.

Komen Netizen:

Nasib baik semua orang perasan. Kalau tak, entah berapa lama lah dia stuck dalam tu agaknya.

Sumber: Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*