Kena pr4nk dek rakan sekampus, laptop ‘hilang’ punca siswa bikin video parodi… siswa tak sangka follower bertambah, kawan baharu pun ramai!

MEDIA sosial sememangnya terkenal dengan contentnya yang pelbagai.

Di aplikasi TikTok umpamanya, setiap individu berlvmba-lvmba untuk menghasilkan video menarik bagi meraih tontonan yang tinggi.

Justeru itu, muncul pelbagai video parodi yang menghiburkan serta menarik pengguna lain untuk meniru aks1 yang sama.

Bagi Muhammad Haziq Ahmad Fauzi, 19, dia tidak menyangka video parodi mendapat “laptop terbalik” yang dihasilkannya akan menarik perhatian warga maya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sumpah menyesal beli laptop dekat Shopee, bila sampai laptop terbalik,” tulisnya berserta video laptop tersebut dibuka secara terbalik (keyboard di atas, monitor di bahagian bawah).

Bercakap kepada mStar, Haziq yang sedang menyambung pengajiannya di sebuah pusat pengajian tinggi awam di Utara tanah air berkata video tersebut sebenarnya ditiru daripada seorang TikToker Indonesia, @ditakerang.

Tangkap layar video milik TikToker Indonesia yang ditiru Haziq.

Katanya idea untuk membuat video spontan tersebut tercetus selepas dia di “prank” rakan-rakannya.

“Awalnya laptop saya dipinjam kawan, saya suruh dia pulangkan lepas habis kuliah. Tapi lepas habis kuliah kawan cakap laptop saya hilang.

“Masa tu kebetulan parcel Shopee saya sampai, jadi kawan saya beria suruh buka kotak tu rupa-rupanya laptop saya ada dalam kotak tu dan diletakkan secara terbalik.

“Sebab tu dalam video boleh dengar mereka ketawa terbahak-bahak, saya memang dah nak murung bila dengar laptop hilang,” katanya, yang mengakui dirinya adalah pembeli tegar Shopee sales yang diadakan setiap bulan.

Haziq akan memborong barangan di Shopee setiap bulan.

Menurut Haziq, tersebarnya video parodi yang setakat ini mendapat lebih 150,000 tontonan itu, menyebabkan dia secara tidak langsung mendapat ramai kawan baru.

“Saya tak kenal pun, yang komen-komen dekat video tu saya layan je, warga TikTok semua memang sporting.

“Lepas komen ada yang follow dan kami mula berkenalan, itu memang salah satu kelebihan TikTok ni.

“Ada yang hantar mesej tanya belajar di mana, tapi lagi malu bila video tu masuk FYP (For Your Page) senior dekat kampus sendiri,” kata anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu.

Sahabat Haziq, Nasrul Razak (kiri), Haziq dan Farid Fizal.

Haziq yang bercita-cita menjadi guru berkata ramai di antara warga maya yang secara berseloroh bertanya di mana dia ingin buang laptop tersebut.

“Tak ada yang ingat laptop tu betul-betul rosak, memang ramai faham (itu adalah video parodi) dan mereka layan je, diaorang cakap “rosak tu bang, abang buang lepas tu share alamat buang dekat mana”.

“Dia nak pergi ambil la tu,” katanya, terhibur.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*