‘Ratu masuk pertandingan’ kel4m k4but tunjuk piala, ibu tak sangka ramai minta tip gilap bakat anak

KEL4M k4but masuk ke dalam kereta gara-gara mahu menunjukkan piala yang dimenangi kepada ibu bapanya, telatah g4dis cilik ini benar-benar mencuit hati netizen.

Dengan wajah penuh teruja bercampur bangga, kanak-kanak perempuan berkenaan bercerita bahawa piala tersebut dimenanginya kerana berjaya memperoleh tempat pertama pertandingan pantun anjuran sekolahnya.

Reaksi ibu bapa serta abangnya yang mengucapkan tahniah sambil bertepuk tangan di atas kejayaan si cilik turut mencvri tumpuan ramai yang memuji pendekatan keluarga berkenaan.

Yaya mengikut jejak langkah abangnya yang gemar menyertai pertandingan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wan Noorleesa Abdul Latip berkata anak keduanya, Dahlia Humaira Mohd Nurullail atau senang disapa Yaya yang merupakan pelajar tahun 1 di SK Krubong, Melaka, sememangnya aktif menyertai pelbagai pertandingan anjuran sekolahnya.

“Abang dia yang darjah 5 tu mula-mula suka masuk pertandingan. Jadi Yaya pun terikut dan j3tuh minat sebab tengok abangnya asyik dapat hadiah. Bermula usia Yaya lima tahun lagi, dia dah masuk pertandingan.

“Yang dalam video viral baru-baru ini, Yaya menang pertandingan pantun. Waktu sekolahnya anjur pertandingan sempena bulan kemerdekaan, Yaya masuk pertandingan pantun, menyanyi lagu patriotik dan mewarna.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Semua pertandingan tu dia bawa balik piala. Keraplah dua beradik ini bawa balik piala ataupun hadiah lain sebab suka ‘take part’ apa saja pertandingan.

“Kadang-kadang dia yang minta kita tanyakan cikgu, pertandingan apa yang boleh dia masuk lagi,” cerita wanita berusia 37 tahun ini mengenai anak bongsunya.

yaya baru 5

Koleksi piala dan trofi yang dimenangi dua beradik ini.

Menurut Wan Noorleesa, guru-guru di sekolah juga sering memberi galakan kepada Yaya untuk menyertai pertandingan kerana mengesan bakat yang dimiliki anaknya itu.

“Cikgu nampak dia aktif dan tak segan nak bercakap. Saya selalu juga kongsi video-video Yaya berpantun dalam Facebook. Kadang-kadang bila ada yang request nak dengar Yaya pantun, dia boleh berpantun ‘on the spot’.

Kadang-kadang dia yang minta kita tanyakan cikgu, pertandingan apa yang boleh dia masuk lagi.

WAN NOORLEESA ABDUL LATIP

IBU

“Siap dengan intonasi, gerakan badan dan mimik muka sekali. Dia senang in-character. Dan satu lagi, Yaya memang confident depan orang dan kamera,” ujarnya yang mengusahakan bisnes secara dalam talian.

Berkongsi video-video keletah Yaya dan abangnya di TikTok dan laman sosial lain, Wan Noorleesa berkata dia tidak menyangka ramai ibu bapa meminta tip daripadanya berkenaan kaedah menggilap bakat anak-anak.

yaya baru 2

Bakat Yaya mendapat perhatian Jabatan Penerangan.

“Satu elemen penting, ibu bapa perlu luangkan masa dengan anak-anak. Dari situlah kita tahu minat mereka. Saya dulu kerja pagi pulang malam. Akhirnya pada 2016, saya resign sebab nak spend masa dengan anak-anak.

“Sebenarnya budak-budak ada minat tersendiri. Bila mereka minat. kita bagi galakan dan gilap. Antara caranya, kita bantu belikan peralatan atau apa-apa barang yang diperlukan untuk minat mereka tu.

yaya baru 1

Si cilik ini bercita-cita untuk menjadi seorang tentera.

“Kalau anak-anak masuk apa jua pertandingan, kita sebagai ibu bapa bagi kata-kata semangat. Kalau mereka menang, kita bagilah reward untuk naikkan lagi semangat mereka,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*