Makan Laju Suka Telan Lauk Panas, Wow Gaji Hamzy Mukbang Cecah RM1 Juta Sebulan

Tanpa mengira negara, kini terdapat ribuan content creator yang beralih kepada profesion sebagai Mukbanger kerana kandungan berkaitan makanan amat mudah untuk menarik perhatian netizen. Asalnya, mukbang adalah trend yang bermula di Korea Selatan menyaksikan seseorang akan merakam video saat menelan makanan tertentu dengan menonjolkan reaksi wajah mereka. Masing-masingnya tampil dengan konsep berbeza termasuklah bagi wanita bergelar Hamzy Mukbang ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by [햄지]Hamzy (@hamzy_1990)

Selalu masak lauk sendiri dalam dapur yang fancy dengan banyak perkakas masak unik

Kalau Mukbanger lain mungkin lebih banyak membeli makanan di luar, namun Hamzy pula boleh dikatakan sering memasak sendiri lauknya. Bahkan dalam kebanyakan video, jelas terlihat ruangan dapur bersaiz sederhana miliknya penuh dengan stok makanan serta perkakas masakan unik yang tersusun sempurna. Paling melucukan, anjingnya yang berwarna hitam juga gemar mengikutnya ke mana sahaja saat dia berjalan di dalam rumah.

Telan makanan mendidih yang masih panas

Selain itu juga, Hamzy juga dilihat kerap menelan makanan ketika ia masih berasap atau mendidih di dalam mangkuk. Banyak menjamu makanan tradisi popular Korea, pastinya ada yang terfikir sejenak bagaimanakah lidahnya mampu menahan sensasi panas tersebut, kan? Di sebalik popularitinya, pernahkah anda tertanya-tanya tentang jumlah pendapatan atau hasil yang diraihnya apabila membuat video mukbang sedemikian rupa?

Anggaran kasar pendapatan Hamzy mencapai RM1 juta sebulan

Melalui data anggaran yang dikongsikan oleh portal startat serta Koreaboo, siapa mendvga Hamzy mampu meraih pendapatan sekitar 261.5 juta won iaitu bersamaan dengan RM930,307 sebulan mengikut tontonan yang diraih. Pun begitu, ia hanyalah jangkaan kasar yang dibuat malahan melalui laporan networthspot sendiri, keuntungan Mukbanger ini sebenarnya mencapai nilai lebih RM15 juta setahun.

Sumber : Portal startat, networthspotkoreaboo, Instagram Hamzy 1990

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.dnq.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*