[VIDEO] “Siap pakaikan madu gelang,” Wanita Bawa Anak Kecil Teman Suami Nikah Lagi

Umum kita tahu, kebanyakan wanita paling ‘pantang’ jika disebut bab berpoligami, boleh terbang semua pinggan mangkuk dekat dapur dek kerana meng4muk bila tahu suami nak kahwin lain.

Bagi wanita, poligami ni tak boleh dibawa bergurau, boleh merajuk seminggu kalau suami meny4kat bab poligami!

Biarpun begitu, masih ada segelintir yang tidak kisah dan dapat menerima ‘orang’ baru. Siap jadi kawan baik dengan madu sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini, dimana seorang wanita menemani suaminya untuk bernikah dengan wanita lain sememangnya mencvri tumpuan warganet.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok itu, kelihatan seorang wanita yang cantik mengenakan baju dan tudung berwarna merah jambu sedang duduk di sebelah pengantin perempuan.

Difahamkan, dia merupakan isteri pertama pengantin lelaki dan dia telah hadir ke majlis pernikahan itu untuk menemani si suami di hari bahagianya.

Apa yang menyentuh hati, wanita ini juga membawa bersama dua orang anaknya yang masih kecil ke majlis tersebut.

Tidak dapat dibayangkan betapa tabahnya hati wanita cekal ini tambahan pula dia yang tidak lekang dengan senyuman apatah lagi ketika bersalaman bersama suaminya.

Video:

@abdi_negara8181

#Istrihebat#IstriPenghuniSurga

♬ suara asli – call me_ abdi – call me_ abdi

Tidak cukup dengan itu, kelihatan wanita ini dengan wajah yang tenang telah menyarungkan gelang emas kepada madunya di akhir video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 401.8K tontonan, 9573 tanda suka, 1271 komen dan 2018 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan ketabahan sang isteri yang sentiasa berada disisi suami walau dalam apa keadaaan sekalipun. Dalampada masa yang sama, ramai yang mendoakan agar wanita cekal ini sentiasa bahagia bersama suami, anak serta madunya.

Komen Netizen:

Tidak semua wanita mampu untuk berada di tempat wanita hebat ini, sama-sama kita doakan agar wanita ini sentiasa di dalam lindungan Allah dan berbahagia bersama suami, madu dan anak-anaknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.yoy.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*