“Kuwek2 g1git!” – Comel! Si Kecil Jenuh Beritahu Kena G1git Hamster, Family Pula Ingat Itik

Bila kita bercakap mengenai adik-adik kecil yang baru nak mula bertutur dengan jelas, mesti kita akan cuba sedaya upaya untuk fahamkan setiap perkataan yang disebut.

Kadang-kadang perkataan yang disebutkan itu memberi maksud lain, tapi apa yang kita faham tak sama dengan si kecil maksudkan.

Seperti satu video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @rihanazkhir, yang mana kelihatan si kecil yang sedang menangis kerana digigit oleh seekor haiwan. Tetapi, haiwan yang disebutkan menjadi persoalan ahli keluarganya. Lah, apa pulak tu?

“Kuwek2 g1git! Kakak g1git kuwet2!” – Si kecil dalam video

Ternyata, adik itu dig1git oleh seekor tikus tetapi disebabkan si kecil itu menggunakan istilah ‘kuwek-kuwek’, ahli keluarganya ingatkan bahawa dia telah digigit dengan itik. Berulang kali juga adik tu sebut benda yang sama. Ger4m agaknya bila family tak faham. Hahaha…

Gelagat comel itu telah mendapat perhatian netizen di bahagian komen yang rata-rata turut menceritakan bahawa ahli keluarga mereka juga pernah mengalami kesukaran untuk bertutur ketika masih kecil.

Video:

@rihanazkhir

Kenangan di kampung.😅 INGATKAN ITIK,RUPANYA TIKUS! #fypシ #foryoupage #digigittikus #foryou #AmaniAmanda

♬ bunyi asal – NurRihan – NurRihan

Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana dia sangkakan tikus itu sebagai hamster. Disebabkan dia terlalu teruja, dia bertindak dengan mengejar dan memegang tikus itu dan dig1git dengan tikus tersebut.

Pemilik akaun TikTok juga memberitahu di bahagian komen yang adik comel itu telah dibawa ke klinik dan doktor memberitahu bahawa tiada kejadian yang serius dari ins1den tersebut.

Comel betul lah awak ni… Min terhibur jadinya… Hihi… Semoga cepat sembuh okay?

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*