VIDEO “Ikut ‘Trend’ TikTok,” Ramai Terhibur Lihat Gadis Tayang Pkwe Mirip Ahmad Maslan

Sejak kebelakangan ini, jika kita sering melayari aplikasi TikTok, pasti ada melihat posting dari pengguna yang mengikuti trend menunjukan wajah pasangan mereka dan disamakan dengan selebriti atau public figure kegemaran masing-masing.

Namun, satu video berkenaa trend tersebut telah mendapat perhatian lebih susulan penggunanya dikenali sebagai @liyanaxcx berkongsi gambar teman lelakinya yang dikatakan mirip dengan seorang ahli politik terkenal Malaysia iaitu, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan.

Video:

@liyanaxcx

Handsome la bf saya @_blank_76

♬ original sound – callie stephens

Perkongsian tersebut tular sehingga ramai yang mengakui bahawa memang wajah mereka cukup mirip setelah beberapa gambar ‘dilayangkan’ secara laju di video tersebut.

Menerusi komen yang diterima di ruangan TikTok @liyanaxcx, teman lelakinya turut sempat berseloroh dengan mengatakan sedang sibuk mahu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) susulan ramai yang mengiyakan kemiripan wajahnya dengan Ahli Parlimen Pontian itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui wajah kedua-duanya begitu mirip.

Tak hanya itu, mereka juga berseloroh mempersoalkan crush gadis tersebut kerana tidak menyangka teman lelakinya turut berwajah sama dengan public figure yang diminatinya.

Sumber: TikTok @liyanaxcx, Twitter @aizatazmi90

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*