Timang anak keempat, Almy Nadia syukur Fizz Fairuz teman dalam bilik bersalin… Siap tolong urvt kaki walaupun mengantuk

ISTERI kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka di sebuah pusat perubatan, pada pukul 3.49 pagi Rabu.

Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi media sosial dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan proses bersalin isterinya.

“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin, terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“4-0 keputusan sekarang,” tulisnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Fizz temani Almy sehingga selamat bersalin.

Bagaimanapun, sehingga kini Fizz masih belum berkongsi jantina bayi tersebut kepada umum.

Sementara itu, Almy meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang berada di sisi sepanjang kelahiran anak mereka.

Almy, 35, yang juga seorang pelakon berkata, suaminya setia menemani di bilik bersalin walaupun dalam keadaan mengantuk sambil mengvrut kaki.

“Terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak nombor empat, dari check in sampailah beranak settle sayang tetap ada di sisi mama.

“Terima kasih sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urvt kaki sampai tutup mata dengan mask sebab mengantuk,” ujarnya.

almy

Almy dan Fizz bersama tiga anak mereka.

Perkongsian pasangan itu mendapat perhatian netizen dan rakan artis yang rata-ratanya mengucapkan tahniah.

Sebelum ini, Almy pernah mengalami dua kali kegvguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 11.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*