[FOTO] Busana Perkahwinan Uqasha Senrose & Kamal Adli Angkat Tema ‘Legendary Queen’ Dari Kelantan

Pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November lalu.

Berikutan daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat foto majlis akad nikah dan persandingan mereka. Di Instagram, Uqasha mula memuat naik beberapa foto momen hari bahagianya bersama suami tercinta.

Cantiknya deko!

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen telah menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Dalam majlis itu, hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai turut hadir.

Untuk majlis akad nikah, Kamal dan Uqasha telah memakai busana sentuhan pereka terkenal iaitu Shanell Harun. Kedua-dua mempelai ini kelihatan sama cantik dan sama padan tatkala mengenakan busana bewarna putih.

Dua persalinan yang cukup menawan

Untuk persalinan kedua, pasangan ini memakai busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Menurut Rizman Ruzaini, busana tersebut telah diinspirasikan daripada pemerintah Kelantan suatu ketika dahulu, Che Siti Wan Kembang, sesuai dengan negeri kelahiran pelakon ini.

Uqasha dalam Jelmaan Che Siti Wan Kembang dengan busana yang diinspirasikan dari persalinan ‘Legendary Queen’ dari Negeri Kelantan, yang juga merupakan tempat kelahiran Uqasha.

Inspirasi pemerintah Kelantan

Sumber: Uqasha Senrose

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*