Ternganga tidur berbantalkan riba anak tuannya, gelagat manja Dikna buat ramai terhibur… kepala lembu cerewet ini je dah dua tiga kilo – Viral | mStar

GELAGAT seekor anak lembu tidur sampai ternganga mulut di riba pemiliknya mencvri tumpuan warga maya.

“Sumpah comel, best nampak kena riba,” tulis seorang warga net.

Bercakap kepada mStar, pemilik video tersebut Nur Afifa Taufiqah Suhaimi, 20 berkata, lembu betina yang diberi nama Dikna itu sememangnya manja dengan dirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Afifa, Dikna yang baru berusia dua bulan sangat suka dibelai apatah lagi dibahagian bawah lehernya.

“Dikna memang manja sangat, kadang-kadang tak payah panggil, nampak je saya terus dia datang rumah.

“Suka sangat dibelai lagi-lagi dekat bahagian bawah leher, dia terus akan tertidur.

“Kepala dia boleh tahan dua tiga kilogram juga beratnya,” katanya yang berasal dari Gua Musang, Kelantan.

Dikna dijaga Afifa sejak berumur sebulan lebih.

Menurut Afifa, Dikna yang dibela sejak lahir merupakan lembu yang agak cerewet.

“Dikna tak tidur dalam kandang, dia tidur atas tikar atau jaring dekat belakang rumah, kalau kandang jauh sikit dari rumah.

“Biasa abah saya yang akan bagi makan minum lembu tapi Dikna bila dah masuk umur sebulan lebih saya yang bagi makan minum,” katanya.

Menurut Afifa, Dikna merupakan lembu kepunyaan ayahnya yang diternak untuk dijual.

“Saya cuma tolong jaga lembu abah, dia jual untuk kenduri, raya haji.

“Selalu saya okay je, sedih la sekejap tapi dah terbiasa dan memang niat jaga lembu untuk dijual, bukan saja-saja.

“Sebelum ni pun ada juga lembu kesayangan saya dijual dan disembelih masa hari raya haji,” katanya menambah mereka mempunyai 17 ekor lembu.

Lulu, seekor lagi anak lembu yang manja dengan Afifa mati beberapa minggu lepas.

Selain Dikna, Afifa mempunyai beberapa ekor lembu kesayangan lain yang diberi nama Ali, Abeh dan Ibbi.

Lembu-lembu terbabit akan datang ke arahnya apabila nama mereka dipanggil.

Selain lembu, dia juga ada memelihara kucing, arnab, hamster dan burung.

Video yang dikongsikan Afifa di laman TikTok mendapat lebih 260,000 tontonan setakat hari ini.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*