Salah ke badan sado minat menari? Jejaka ini hanya layan pengikut positif, siapa tak suka sila unfollow atau block akaun TikTok!

TARI bukan sekadar tari, tapi ada kelainan yang cuba dibawakan oleh jejaka ini.

Menurut Mohd Joz Rizal Mohd Arifin, dia tampil dengan aktiviti kecergasan yang menggabungkan elemen tari, silat dan senaman untuk menggalakkan orang ramai menjalani gaya hidup sihat.

Menurut penjawat awam berusia 32 tahun itu, dia aktif menyertai aktiviti silat sejak zaman sekolah sebelum beralih ke seni tarian ketika menuntut di universiti.

Kecintaannya terhadap aktiviti kecergasan menjadi ilham untuk dia menggabungkan elemen-elemen itu, sekali gus memberi nafas baharu buat mereka yang mahu sihat dalam cara yang menyeronokkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Waktu sekolah dulu, saya sertai silat. Ketika belajar di universiti, saya sertai pasukan kebudayaan pula. Selain menari, saya juga ada berlakon teater dan buat pengacaraan.

“Menari ini part-time saja bagi saya. Saya buat kerja sampingan sebagai jurulatih kecergasan. Kalau ikutkan, dah tiga tahun saya jadi jurulatih.

“Melalui kumpulan Pencak Tari ini, saya bernaung di bawah Zafina Fitness Centre. Dalam kumpulan ini, saya nak ajak orang bersenam dengan cara yang fun,” ujarnya yang senang disapa Rizal.

rizal4

Rizal aktif menari sejak zaman belajar lagi.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, ramai yang risau untuk menyertai aktiviti berkenaan kerana beranggapan diri mereka ‘keras’ dan tidak sesuai untuk menari.

Namun kata Rizal, perkara itu tidak menjadi masalah kerana kelenturan tubvh boleh dilatih dengan latihan yang berterusan.

Kalau tak minat, tak apa. Bagi saya, tiada masalah. Itu pendapat masing-masing.

RIZAL

“Saya nak menggalakkan gaya hidup sihat dengan cara lain dari yang lain. Biar kita bersenam tak rasa penat, tapi rasa enjoy.

“Nasihat saya, luangkan 20 ke 30 minit sehari untuk bersenam. Buat simple pun tak apa. Ramai yang minat nak sertai kami, tapi risau badan keras.

“Tak apa saya kata, yang penting gerakkan badan dulu. Bila dah dapat step, lama-lama badan akan OK.

“Bila saya gunakan lagu-lagu tradisional, saya juga tak sangka masih ramai yang minat irama muzik itu,” ujarnya lagi.

rizal2

Rizal mula menjadi jurulatih kecergasan sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Rizal yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan turut aktif berkongsi video kecergasan menerusi TikTok miliknya.

Dia yang kini memiliki 18,000 pengikut di aplikasi itu turut berdepan komen negatif, namun menganggap ia sebagai satu lumrah sahaja.

Baru-baru ini, seorang individu meninggalkan komen menghina di TikTok miliknya dengan berkata dia tidak meminati individu sado yang suka menari.

Kata Rizal, dia sedikit pun tidak ambil hati, sebaliknya memberi solusi mudah dengan cadangan agar individu itu menyekat akaun TikTok miliknya.

rizal3

Rizal mahu memberi inspirasi agar orang ramai menjalani gaya hidup sihat.

“Kalau tak minat, tak apa. Bagi saya, tiada masalah. Itu pendapat masing-masing. Jadi boleh scroll atau block akaun saya. Saya buat content menari khas untuk yang minat.

“Saya akan teruskan usaha ini dan percaya dengan apa yang saya buat. Tak perlu kecam-mengec4m. Teruskan dengan apa yang kita suka saja.

“Untuk yang memberi sokongan pula, ribuan terima kasih saya ucapkan. Moga dengan sokongan ini, semua rakyat Malaysia dapat bersenam dan terus menjalani gaya hidup sihat,” ujarnya lagi.

Selain senaman dengan lagu-lagu tradisional, video Rizal dan kumpulannya bersenam dengan lagu Anje Baby dengangan Beby Acha turut meraih lebih setengah juta tontonan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*