Fizi Ali, Shakilla Khoriri Bercer4i – “Walaupun Hidup Berasingan, Kami Akan Besarkan Ameena Dengan Penuh Kasih Sayang…”

Penyampai radio Fizi Ali mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan sudah berpisah dengan isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.

Fizi menerusi laman sosial Instagram (IG)nya berkata dia dan Shakilla kini sudah membawa haluan masing-masing.

Bagaimana pun menurut Fizi, dia dan Shakilla bersepakat untuk menjaga puteri mereka, Ameena Sofia, 2.

“Bismillahirrahmanirrahim…Assalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni… “Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” katanya.

Dalam pada itu Fizi berharap agar semua pihak menghorm4ti keputusan mereka dan memahami situasi dialami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Kami harap semua pihak dapat menghorm4ti keputusan ini..Anggaplah jodoh kami sampai di sini. “Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.

“Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga..Minta maaf dan terima kasih,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut terkejut dengan pengumuman dibuat Fizi tambahan lagi pasangan ini tidak pernah dilanda kontr0versi berkaitan rumah tangga mereka.

Komen Netizen:

Selain itu, rakan selebriti seperti Issey Fazlisham, Sharifah Shahirah, penyampai radio Ikhwan dan Deen turut mendoakan perjalanan hidup Fizi dan berharap agar dia tabah.

Fizi dan Shakilla Khoriri bernikah pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*