“Tak Semua Depan Mata Baik Hati Boleh Percaya” – Intan Najuwa

Sama seperti orang lain, pelakon drama Gempak Original Siri, Tikam, Intan Najuwa akui pernah dikhianati sahabat sendiri sebelum ini.

Menurut Intan, disebabkan itu dia lebih memilih untuk mengekalkan kelompok kecil dalam bersahabat. “Pernah, banyak kali jadi sebab itulah sekarang saya lebih berhati-hati memilih kawan dan saya pilih small circle sahaja.

“Benar, saya dah cut off. Itulah caranya. Protect your peace,” ujarnya. Dalam pada itu, Intan juga menasihat jangan mudah meletakkan kepercayaan kepada seseorang walaupun sebaik mana kelakukannya.

Sebaliknya, berhati-hati untuk memilih kawan yang berkualiti. “Nasihat saya kalau sesiapa yang pernah ditikam oleh kawan supaya lepas ini lebih berhati-hatilah sebab tidak semua orang depan mata kita yang baik hati itu kita boleh percaya.

“Bagus untuk pengajaran supaya lepas ini lebih berhati-hati bila jumpa orang,” ujarnya. Jangan lupa saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*