“Umrah Pertama Kami Suami Isteri…” – Eira Syazira & Pak Azad Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci

Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah.

Sebelum berlepas, Eira sempat meluahkan rasa syukur untuk peluang tersebut dan memohon maaf kepada orang ramai atas segala kesalahan yang dilakukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

“Alhamdulillah, umrah pertama kami suami isteri, Insya-Allah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami.

“Dengan ini, kami dengan rasa teramatlah rendah diri memohon ampun dan maaf atas setiap khilaf yang sengaja mahupun tak sengaja yang pernah kami lakukan kepada kalian yang mengenali diri kami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

“Doakan kami ya, we love you all so much,” coretnya di Instagram. Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Eira mendoakan agar urusannya bersama Azad dipermudahkan, selain memperoleh umrah yang diberkati Allah SWT.

Hasil tinjauan Gempak di Instagram Story milik Eyra, pasangan berkenaan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah.

Komen Netizen:

“Assalamualaikum, Alhamdulillah kami selamat mendarat, sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, jam sekarang menununjukkan pukul 4.30 pagi dekat sini,” kata Eira dalam sebuah video bersama suaminya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*