[VIDEO] Tak Sanggup Biar Isteri Sanding Sorang, Lelaki Ini Sanggup Red4h Banjir Dari Shah Alam Ke Balakong!

Berikutan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri semenanjung Malaysia, ramai yang terkesan kan? Macam-macam aktiviti tergendala termasuklah majlis perkahwinan.

Sayu hati min tengok pasangan pengantin yang terpaksa teruskan juga majlis perkahwinan mereka walaupun dalam keadaan banjir dan hujan berterusan. Tapi takpe, segala ujian pasti dapat ditempuhi jika dilakukan bersama, lagi-lagi dengan orang tersayang.

Tular di laman TikTok semalam, seorang pengantin perempuan yang dikenali sebagai Fatyn dirakam sayu terpaksa bersanding sendirian kerana suaminya terkandas di Shah Alam.

Majlis yang diadakan di Balakong, Selangor itu meriah dengan suasana riuh tetamu yang hadir serta paluan kompang, tetapi dapat dilihat dari ri4k wajah Fatyn, sedih menanti suaminya di atas pelamin mereka.

Video:

@marisamiat

Sian tgok pengantin perempuan.. sbab sanding seorang2 kat pelamin..di sebabkan pengantin lelaki sangkut sabab Banjir kat shah alam😭😭😭.. #fyp

♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹

Namun begitu, kesedihan si isteri tak lama kemudian bertukar senyuman setelah suaminya sampai ke majlis mereka. Dengan hanya memakai t-shirt dan seluar yang basah, suaminya yang dikenali sebagai Khusairi itu dikatakan sanggup red4h banjir dari Seksyen 17, Shah Alam dengan hanya menaiki motor!

Video yang dikongsikan oleh Marisa Miat itu telah berjaya membuat ramai yang terharu dengan tindakan Khusairi yang nekad meredah banjir demi isterinya yang tercinta. Tambah mengharukan lagi apabila dikatakan dia seorang sahaja yang datang ke majlis itu kerana rumah keluarganya dimasuki air banjir. Dugaan betul!

Video:

@marisamiat

Alhamdulillah.. pengantin lelaki dtg jgak seorg diri.. smua tamu dah balik.. dgn sluar basah2😭. ya allah time ni sis nangis..

♬ bunyi asal – Marisamiat❣️ – Marisamiat❣️

Rata-rata yang komen di posting Marisa ini memuji sifat ‘gentleman’ Khusairi ini serta mendoakan kebahagiaan mereka. Min juga ucapkan tahniah atas perkahwinan korang, Khusairi so gentle demi isteri. Semoga kekal ke jannah ya!

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*