“Negara Kita Sedang Dilanda Mus1bah Datuk, Mohon Simpan Gambar Percutian Dulu Yer” – Netizen Tegur Aliff Syukri

Usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri kini sedang menghabiskan masa bersama keluarganya dengan bercuti di Istanbul, Turki.

Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian-perkongsian yang dihantar menerusi akaun Instagram peribadinya.

Menurut Aliff, impiannya dan keluarga untuk bercuti ke luar negara setelah dua tahun akhirnya tercapai dan dia memilih Turki kerana cuaca yang sejuk dan negara berkenaan menerima semua jenis vaks1n.

Difahamkan kunjungan Aliff ke negara itu turut disertai lebih daripada 30 individu yang terdiri daripada kenalan dan juga ahli keluarganya.

Begitupun, salah satu perkongsian Aliff baru-baru ini mencetuskan sindiran dalam kalangan pengikutnya apabila dia dilihat tidak sensitif terhadap keadaan Malaysia yang sedang menghadap mus1bah banjir.

Menerusi hantaran tersebut, Aliff berkongsi gambarnya ketika berada di sana dan meminta pengikut meneka berapa umurnya.

“Asalammualaikum.. kat sini jam 9 pagi.. awak rasa umur saya macam berapa?” Begitupun, menerusi ruangan komen, ramai yang meny1ndir pertanyaan Aliff itu.

“Negara kita sedang dilanda musibah datuk. Mohon simpan gambar percutian dulu yer… Maaf atas teguran,” balas seorang pengikutnya.

“Jabatan netizen sibuk tolong mangsa banjir… takda masa nak fikir umut datuk. Nanti-nantilah fikir ye…” tulis seorang lagi pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa tidak dapat berfikir memandangkan dirinya turut terkesan dengan mus1bah banjir.

“Waalaikumsalam entahlah awak, saya dah tak boleh fikir umur awak, saya tengah fikir macam mana nak balik rumah saya tengah banjir, baik awak fikir macam mana keadaan di Selangor ni, bukan fikir pasal umur awak,” tulisnya.

Komen Netizen:

Sebelum ini, Aliff turut memuat naik video yang memaparkan kemusnahan resotnya iaitu Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Sungguhpun bersedih dengan kejadian berkenaan, namun, Aliff memberi kelonggaran kepada pengunjung untuk menunda tarikh percutian selain membantu mereka yang sedang terkandas di sana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*