Bertemu ketika bertugas, anggota tentera tak sampai hati tinggalkan Lucy dan Luna selepas SJR tamat… kini anak Sabah lega boleh lawat selalu

KASIH bertaut di sekatan jalan raya (SJR).

Begitulah kisahnya mengenai keakraban anggota tentera ini dengan dua ekor anj1ng yang diberi nama Lucy dan Luna.

Menurut Jarc Steveson Justinus, 29, dia bertugas di SJR Simpang Renggam, Kluang, Johor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Berat hati untuk meninggalkan dua ekor anj1ng itu sejurus berakhirnya SJR pada Oktober lalu, dan akhirnya dia memutuskan untuk membawa Lucy dan Luna untuk ditempatkan di Pusat Jagaan Haiwan Kluang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya temui anj1ng itu ketika bertugas di SJR pada Jun lalu. Setiap kali datang kerja, pasti kedua-duanya sambut saya. Turun je kereta, dari jauh dah berlari ke arah saya.

“Ketika SJR berakhir, saya ambil Lucy dan anaknya Luna untuk ditempatkan di sebuah shelter di Kluang. Saya tak boleh jaga di rumah memandangkan saya menetap di kuaters.

“Dalam empat kali seminggu saya akan melawat mereka. Di situ, ada sekitar 2,000 ekor anj1ng, ada macam-macam jenis,” ujarnya yang senang disapa Jarc.

jarc3

Sekitar 2,000 ajing ditempatkan di pusat tersebut.

Menurut pemuda etnik Dusun dari Tambunan, Sabah itu, dia juga sekadar suka-suka berkongsi video keakrabannya dengan dua anj1ng itu menerusi aplikasi TikTok.

Tanpa disangka-sangka, Jarc meraih hampir 60,000 pengikut dan video dikongsi turut menerima ratusan ribu tontonan.

Ada juga yang contact saya untuk derma biaya raw4tan dan makanan untuk anj1ng-anj1ng.

JARC

“Saya kongsi video di TikTok untuk mengajak semua orang sama-sama jaga, bantu dan pelihara haiwan.

“Saya terkejut bila viral dan dapat perhatian ramai. Selepas itu, ada juga yang contact saya untuk derma biaya raw4tan dan makanan untuk anj1ng-anj1ng.

jarc5

Lucy dan Luna sering menyambut Jarc setiap kali dia tiba ke SJR untuk bertugas.

“Selain itu, ada juga yang tanya lokasi itu, tanya untuk adopt anj1ng dan macam-macam lagi,” ujarnya yang sudah enam tahun berkhidmat sebagai anggota tentera darat.

Kata Jarc, dia gembira melihat perkembangan Lucy dan Luna bersama anj1ng-anj1ng lain yang ditempatkan di pusat perlindungan tersebut.

Tambah Jarc, Lucy yang ditemui ketika masih kecil kini membesar dengan sihat dalam jagaan pusat perlindungan berkenaan.

jarc2

Jarc sudah enam tahun berkhidmat sebagai tentera.

“Ketika jumpa, Lucy masih kecil dan montel. Saya tengok perkembangan ketika ia masih kecil sampai dah besar.

“Cuma, Lucy yang juga mak Luna kurang sihat sekarang. Mungkin kerana musim hujan. Ketika berada di SJR dulu, saya memang tergerak hati nak ambil sebab dah terbiasa dengan kedua-duanya.

“Apa-apapun, saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan semua. Paling penting, kita kena sentiasa buat baik kepada haiwan,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*