Kak KM Selamat Melahirkan Bayi Perempuan – “Mancung Hidung Cinta Carissa”

Usahawan kecantikan sensasi Liana Rosli atau nama panggilannya Kak KM selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu. Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM berkongsi foto wajah anak perempuannya beserta nama yang dipilih iaitu Cinta Carissa untuk tatapan umum.

“Assalamualaikum, i’m real KM. 22 Disember 2021, anniversary mama papa. 3.8kg,” tulis Kak KM di ruangan Kapsyen.

Selain berkongsi foto bayi, Kak KM turut berkongsi sebuah video persiapannya sewaktu menunggu detik bersalin di sisi suami tercinta.   “Takut..,” ujarnya sewaktu menunggu untuk prosedur bersalin dijalankan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah pada Kak KM di atas kelahiran anak keempatnya.

Tidak hanya itu, ramai wargamaya turut memuji wajah comel dan hidung mancung Cinta Carissa yang saling tak tumpah seperti ibunya.

“Alahai comelnya, mesti cun gila. Semoga jadi anak yang baik dunia akhirat sayang. Syukur alhamdulillah,” ujar Salina Saibi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lianarosli Official (@kmfavourite.testimoni)

“Congrats Kak KM. Comeinya masyallah. Welcome to the world. Selamat berpantang kak sayang,” ujar seorang wargamaya.

“Masyallah beautiful. Semoga jadi anak yang solehah, pimpin tangan mak ke syurga ye wahai anak syurga,” tulis seorang wargamaya.

Komen Netizen:

“Alhamdulillah, comel baby hidung tak menahan mancung,” puji seorang wargamaya. “Tahniah Kak KM, welcome to the world Cinta Carissa,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya. Terdahulu, Kak KM dan suami Pasangan dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*