M1steri! Kucing jalanan kerap singgah rumah ada kesan calitan merah, hitam pun pernah… mungkinkah m4ngsa an1aya manusia tidak bertanggungjawab?

KEHADIRAN seekor kucing dengan calitan berwarna merah pada tubuhnya menjadi m1steri buat seorang wanita yang sering memberi makanan kepada kucing jalanan tersebut.

Berkongsi video kucing terbabit, di media sosialnya, Norhidayu Baharudin, 26 yang menyewa di Taman Bernam Jaya, Selangor bagaimanapun mengesyaki haiwan tersebut menjadi m4ngsa an1aya individu tidak bertanggungjawab.

“Aku tak faham dengan manusia yang buat kucing macam ni? Simbah sirap dekat kucing? What the?!” tulis di media sosialnya.

Bercakap kepada mStar, Norhidayu yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Slim River, Perak berkata, dia dan keluarganya baru sahaja menyewa di taman tersebut sekitar setahun lepas.

Jelasnya, dia sering ternampak beberapa ekor kucing terbiar di kawasan belakang rumahnya.

Namun, katanya, ada seekor kucing berwarna putih yang sering datang ke rumahnya dalam keadaan comot.

“Saya ambil inisiatif untuk bagi ia makan, tapi saya memang tak berniat untuk bela, yang datang selalu dalam lima atau enam ekor.

“Kucing yang saya share di TikTok tu sebelum ni saya kerap nampak ia datang makan dengan keadaan dahi bercalit merah, saya anggap mungkin ada orang main dengannya, tapi kucing tu tak manja sebab akan lari setiap kali saya mendekatinya, mungkin dengan orang lain okay.

“Calit merah tu saya rasa mungkin sirap, tapi tak boleh nak confirm, cuma warna tu lama-lama hilang sendiri,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Norhidayu sering memberi makan kucing-kucing jalanan di kawasan perumahannya.

Bagaimanapun, wanita ini semakin keliru apabila melihat kesan calitan itu semakin menjadi-jadi.

“Saya terdetik nak ambil video kucing tersebut sebab terkejut sangat bila tengok ia datang dalam keadaan hampir separuh badan dipenuhi warna merah.

“Hari ni (Selasa) warna hitam pula, macam baru balik dari bengkel, aduh, rasa macam nak ketuk kepala orang yang buat macam tu pada si kucing tu,” katanya.

Norhidayu sempat menitipkan pesan kepada orang ramai untuk jangan sesekali meng4niaya haiwan walaupun buka pencinta haiwan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*