Graduan UIA memang penjual tilam tegar, belajar menjahit sampai ke Indonesia… tapi ada mesej pelanggannya buatkan usahawan ini tersent4k

TUNTUTLAH ilmu walau sampai ke negeri China.

Namun, bagi seorang wanita ini, perjalanannya mendalami ilmu untuk menjahit pelbagai jenis tilam membawa dia sehingga ke Indonesia.

Bercakap kepada mStar, wanita terbabit, Noor Hamidah Mohd Zakir, 30 atau lebih dikenali sebagai Damia berkata, dia mula menjual tilam sejak zaman belajar lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Katanya, idea untuk menjual tilam ini hadir kerana tertarik dengan tilam yang dibeli buat anak sulungnya yang pada ketika itu disahkan mengalami masalah usvs.

“Usus dia malrotate masa dia dilahirkan jadi tempat pembedahan tu susah nak baik sebab dia suka pusing-pusing badan atas lantai jadi kerap terlvka.

“Itu yang kami cari tilam untuk pakai atas lantai, lepas tu kami dapat ilham bagi nama tilam kekabu tu tilam lantai,” katanya.

Damia bersama keluarganya.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, suaminya yang juga seorang pegawai kerajaan turut meletakkan jawatan apabila mereka sepakat untuk berkecimpung dalam industri ini secara serius.

“Akak memang buat tilam sepenuh masa, lepas habis degree Bachelor of Dietetics di UIA memang akak tak kerja lain, akak jual tilam je.

“Akak jual tilam ni sejak masa belajar lagi tapi masa tu jual orang punya, lepas dah habis belajar baru belajar jahit sendiri,” katanya.

Menurut Damia, gurunya yang paling utama adalah Youtube selain turut berkelana di Indonesia beberapa kali.

“Akak belajar jahit sendiri dan ada yang akak berguru, tilam kekabu dulu akak belajar banyak tempat termasuklah ke Indonesia banyak kali sebab akak pernah beli tilam, labelnya dari Indonesia, jadi akak fikir mesti ada yang pandai di sana.

“Kebetulan kami kenal dengan seorang pemandu pelancong, dia yang bawa kami ke kampung-kampung di kawasan pedalaman, makanan kat sana pun macam negara kita, jadi sebab tu kami tak keberatan pergi banyak kali.

“Tapi sejak Cov1d ni tak pegi lagi, tapi kami masih berhubung dengan mereka di sana,” katanya menambah dia juga ada masuk kelas untuk belajar menjahit.

Tilam kekabu bayi yang dihasilkan Damia.

Perkongsian Damia mengenai salah seorang pelanggannya yang terpaksa meminta pandangannya untuk membeli tilam buat bayinya yang bakal lahir tular di laman TikTok baru-baru ini.

“Kisah paling sedih sepanjang buat toto baby ni bila customer Whatsapp nak beli untuk baby yang masih dalam kandungan, customer minta pendapat toto yang mana paling cantik coraknya.

“Dia kata terpaksa minta pandangan saya sebab dia selalu tak tahu nak buat keputusan, dia kata kalau suami dia ada mesti suami dia paling excited nak pilih, suami dia selalu pilih nak beli apa-apa.

“Masa tu saya tak fikir apa lagi, terus cakap “kalau macam tu puan tanya la suami dulu.. terus dia cakap” itulah kak, tapi suami saya sekarang memang dah takde, men1nggal sebab Cov1d beberapa bulan lepas,” ceritanya di TikTok.

Bercakap mengenai video tersebut, Damia mengakui dia tersentak apabila menerima mesej tersebut.

“Lepas baca tu akak terpaksa bluetick sahaja WhatsApp dia sebab akak tak tahu nak response apa, memang sedih.

“Lepas lama sikit baru la proses pembelian berjalan seperti biasa,” katanya.

Tilam bayi ala bunga rafflesia boleh mengembang dan menguncup.

Jelasnya, dia mencadangkan corak yang sesuai untuk digunakan bayi lelaki mahupun bayi perempuan.

Menurut Damia, dia mendapat permintaan dari ramai pihak yang ingin membelikan tilam buat wanita terbabit.

“Ramai cuba nak belanja tilam tu tapi dia tak nak, cuma dia doakan semoga semua yang baik hati tu dapat balasan.

“Memang ramai yang direct mesej akak nak bayarkan termasuklah ada yang direct mesej di Facebook,” katanya.

Damia juga menghasilkan toto 3D dan toto biasa buat kanak-kanak.

Mengakui tidak kenal rapat dengan wanita terbabit, Damia bagaimanapun berkata, pelanggannya itu sudah selamat melahirkan anak perempuan awal bulan lalu.

Selain tilam kekabu, Damia juga menjahit dan menjual pelbagai jenis tilam dan toto termasuk toto 3D untuk kanak-kanak.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*