Tak hujan tapi rumah ‘banjir’ paras buku lali di lewat malam, sejam bersihkan ruang dapur sendirian… mana tidaknya tahi kucing terapung di sana-sini! – Viral | mStar

RAMAI terkesan akibat musim banjir sehingga menyaksikan banyak kerosakan rumah dan harta-benda.

Tanpa disangka-sangka, rumah satu famili ini turut dinaiki air.

Namun, air yang melimpah di bahagian dapur rumah mereka bukan disebabkan banjir kilat, sebaliknya berpuna daripada barangan elektrik yang digunakan untuk mencuci pakaian

Berkongsi pengalaman, Nur Haizatul Khadijah Mohamed Faidzal berkata, kejadian ‘banjir’ berlaku di rumah keluarganya di Bandar Seri Iskandar, Perak, pada lewat malam Rabu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih mesra disapa Aieza, katanya, ketika kejadian dia sedang mengemas di bilik tidur sebelum ke dapur untuk minum air.

“Bila saya ke dapur tiba-tiba nampak air naik cecah paras buku lali. Saya memang terkejut sebab syukur alhamdulillah kawasan perumahan saya tidak dilanda banjir.

“Rupa-rupanya air yang melimpah ke sebahagian besar dapur itu disebabkan kebocoran mesin basuh yang sedang digunakan,” katanya kepada mStar.

mesin basuh banjir 4

Kucing yang dibela Aieza.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, sebelum kejadian dia telah mencuci pakaian menggunakan mesin basuh berusia enam tahun yang ditempatkan di dapur rumahnya.

“Sebenarnya mesin basuh tu dah rosak semalam (Rabu), tapi baru saja dibaiki ayah. Saya agak dah boleh guna, itu yang saya masuk ke dalam bilik sebaik meletakkan pakaian yang hendak dicuci didalamnya.

“Tak sangka pula mesih basuh tu kembali bermasalah dengan melimpah air yang digunakan untuk membasuh baju,” ujar Aieza yang berasal dari Seri Iskandar.

Anak sulung daripada dua beradik itu mengakui mesin basuh tersebut banyak berjasa kepada keluarganya dan pernah mengalami kerosakan sebelum ini.

“Sebelum ini mesin basuh tu pernah rosak dan kembali berfungsi setelah dibaiki ayah. Saya set timer untuk basuhan selama 60 minit, bila keluar ke dapur kira-kira 11.30 malam dah nak habis masa, habis air melimpah lebih separuh dapur.

“Saya jerit ‘Ya Allah Tuhanku, banjir!” Mak dan ayah dah tidur di bilik, jadi saya mesej adik lelaki supaya segera balik ke rumah,” tambahnya.

mesin basuh banjir 2

Aeiza merupakan jurujual kereta Proton.

Menurut Aieza, limpahan air di dapur turut menyebabkan kawasan itu dipenuhi naj1s kucing peliharaan keluarganya.

“Saya letak tong sampah kecil berpasir untuk mudahkan kucing buang air, tapi bila air dah melimpah tu masuk ke bekas sehingga tahi kucing dilihat terapung,” ujarnya.

Penatnya rasa macam buat exercise tengah malam. Esoknya badan mula rasa sakit-sakit

NUR HAIZATUL KHADIJAH MOHAMED FAIDZAL

Dalam pada itu, Aieza berkata, mujur terdapat dua lagi mesin basuh yang diletakkan di luar rumah dan masih boleh digunakan.

“Mesin basuh yang rosak bersaiz lebih besar dapat menampung beban 11 kilogram, kami pula tinggal satu keluarga menjadikan ia lebih praktikal digunakan,” katanya sambil menambah bapanya membaiki semula mesin basuh yang rosak berpunca daripada penyambung paip tercabut.

mesin basuh banjir 3

Aieza (kiri) bersama keluarga.

Dalam pada itu, jurujual kereta Proton itu turut memberitahu bahawa dia terpaksa membersihkan kawasan dapur yang ditenggelami air seorang diri sehingg awal pagi.

“Saya terpaksa buat seorang diri sebab adik tak balik selepas ditunggu-tunggu. Saya bukan setakat mop lantai, tapi guna penyodok untuk menolak air keluar dari dapur.

“Ambil masa sejam untuk selesaikanya. Penatnya rasa macam buat exercise tengah malam. Esoknya badan mula rasa sakit-sakit,” ujarnya secara berseloroh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*