Badrul Muhayat mohon maaf, pulangkan anak-anak dengan cara baik… Bekas isteri mahu fail hak penjagaan

SUSULAN kes d4kwaan melarikan anak daripada jagaan bekas isteri, Julia Daud pada 23 Disember lalu, pelakon Badrul Muhayat akhirnya memohon maaf berhubung ins1den itu.

Malah aktor berusia 53 tahun itu turut menyerahkan semula dua anak mereka iaitu Nur Delisha, 14 dan Badrul Hidayat, 11, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Tanjung Malam, Perak pada lewat malam Isnin lalu.

Menurut Julia, 40, dia bersyukur apabila anak-anaknya itu akhirnya dikembalikan dengan cara baik tanpa sebarang ins1den kekecohan.

“Pegawai peny1asat daripada IPD Muallim hubungi saya pada petang Isnin, dia minta nombor telefon Badrul. Selepas itu dia minta saya hadir diri ke IPD Muallim untuk memberi keterangan.

“Dalam perjalanan nak ke sana, Badrul ada buat voice message kepada suami. Badrul minta maaf kepada saya serta juga suami dan dia kata nak hantar semula anak-anak.

185785685_4218837551495251_1156662618651744268_n

Julia bersyukur kedua-dua anaknya kembali ke pangkuannya.

“Apabila saya sampai di sana, Badrul pun dah ada dekat situ sebab dia baru lepas selesai memberi keterangan dengan pegawai tersebut. Saya tak ada cakap banyak dengan dia cuma rasa bersyukur anak-anak dah ada depan mata saya semula,” katanya kepada mStar.

Isnin lalu mStar melaporkan kenyataan Julia yang mendakwa Badrul bertindak melarikan dua anak mereka dalam satu insiden kekec0han di rumah keluarga mentua wanita berkenaan di Slim River pada 23 Disember lalu.

Susulan itu Julia membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 25 Disember atas tudvhan itu serta mengesyaki Badrul memecah masuk rumahnya di Taman Geriang Utama, Hulu Bernam, Selangor bagi mengambil MyKad, pakaian serta telefon bimbit milik anak-anak mereka.

Namun menerusi mesej yang dihantar kepada mStar, Badrul menyifatkan segala tudvhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Julia sebagai fitn4h.

Silap saya satu je, tak failkan hak penjagaan anak waktu baru bercer4i dulu.

JULIA DAUD

BEKAS ISTERI

Dalam pada bercerita tentang keadaan terkini anak-anak selepas pulang ke pangkuannya, Julia berkata mereka kelihatan sedikit tr4uma.

“Saya malas nak pressure anak-anak sebab nampak mereka macam trauma dan takut. Keesokan hari (Selasa) selepas pulang pun keadaan mereka masih sama, saya cakap sudahlah… kita kena maju ke hadapan.

“Saya cuma tanya mereka satu soalan je, duduk dekat mana sebenarnya? Anak-anak cakap mereka tinggal di rumah makcik mereka (adik Badrul) di Cheras, Kuala Lumpur,” katanya.

Terkesan dengan apa yang telah berlaku, Julia berkata dia mengambil keputusan untuk membuat tuntutan hak penjagaan anak sebagai langkah berjaga-jaga

“Jujur saya mengaku memang rasa tr4uma selepas apa yang berlaku. Silap saya satu je, tak failkan hak penjagaan anak waktu baru bercer4i dulu.

1421904

Keadaan pintu yang diumpil serta penemuan sarung tangan plastik di kediaman Julia.

“Jadi apabila dah berlaku perkara sebegini, saya mengambil keputusan membuka fail untuk hak penjagaan anak sementara dan kekal, tetapi proses itu akan bermula pada tahun depan,” ujarnya.

Untuk rekod Badrul dan Julia berkahwin pada Mei 2007 sebelum berpisah pada September 2010.

Badrul pernah dihadapkan ke Mahk4mah Majistret Ampang pada 2010 atas d4kwaan memvkul Julia ketika mereka masih menjadi suami isteri.

Julia kemudian mendirikan rumah tangga dengan orang lain pada Mei 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*