Ikmal Amry menangis lihat isteri tahan sakit lahirkan bayi perempaun, dapat peluang potong tali pusat

TIADA kata yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur apabila isteri tersayang, Najla Shamsul selamat melahirkan cahaya mata pertama di Hospital Pantai Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.41 tengah hari, Khamis.

Berkongsi berita gembira tersebut, pelakon Ikmal Amry berkata isterinya itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal.

“Perasaan saya masa baby keluar tu rasa terharu dan sedih sebab kita membayangkan pengrobanan isteri carry the baby sembilan bulan.

“Bersyukur baby dan wife sihat. Alhamdulillah perasaan dia tak terkata dan tak boleh nak digambarkan,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 27, turut berkongsi foto dia memangku anak sulungnya itu di Instagram.

ikmal3

Perkongsian Ikmal bersama bayi perempuannya.

Sementara itu bercerita tentang pengalamannya menemani isteri di dalam dewan bersalin, Ikmal berkata dia gagal menahan air mata saat melihat proses kelahiran anaknya.

“Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak tu.

Sebab tu la saya menangis. Semuanya macam tak disangka-sangka…. macam mimpi pun ada

IKMAL AMRY

PELAKON

“Sebab tu la saya menangis. Semuanya macam tak disangka-sangka…. macam mimpi pun ada.

“Doktor sambut kelahiran anak dan saya diberi peluang untuk potong tali pusat… syukur sangat,” katanya.

ikmal2

Ikmal Amry disatukan dengan Najla Shamsul pada 19 Disember 2020 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tambah Ikmal dia akan berkongsi nama puterinya itu apabila tiba masa yang sesuai.

Ikmal Amry disatukan dengan isterinya Najla Shamsul Kamar, 23, pada 19 Disember 2020 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*