“Usia bukan penghalang” – Netizen ‘Salute’ Adik Ni, Muda Lagi Tapi Dah Jadi Sukarelawan Banjir

Min percaya, sekarang ni bila korang scroll media sosial memang akan banyak story pasal sukarelawan banjir kan? Rata-rata mencari rakan sebaya untuk sama-sama bantu bersihkan rumah m4ngsa-m4ngsa banjir.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang gambar seorang adik lelaki yang bersama-sama turun padang membersihkan rumah m4ngsa banjir di kawasan yang terjejas walaupun masih kecil! Wah, kecil-kecil cili padi ni!

Gambar-gambar adik yang menjadi sukarelawan di bawah Jabatan Amal Malaysia itu dikongsikan di Twitter menerusi akaun @nurassyaheera dan kini telah mendapat lebih 5 ribu retweet dan lebih 13 ribu likes!

Perkongsian itu juga mendapat perhatian warganet yang kebanyakannya bangga dengan pencapaian adik itu walaupun masih lagi muda namun berjiwa murni kerana sanggup untuk melibatkan diri sebagai seorang volunteer.

Bukan itu sahaja, malah ramai juga yang mendoakan supaya sifat kerajinan dan berhati kemasyarakatan adik itu berkekalan sehingga dewasa.

“Mana yang takde peluang, minta maaf”

Susulan gambar yang tular itu, satu video turut dikongsikan mengenai perasaannya setelah dapat melibatkan diri untuk membesihkan rumah m4ngsa-m4ngsa banjir yang terjejas.

Dalam video tersebut, adik itu ditanya tentang perasaannya dan sempat meminta maaf sekiranya tidak dapat peluang untuk membantu m4ngsa-m4ngsa banjir yang lain. Awh… Sweetnya awak!

“Kenapa awak nak minta maaf dik? Kami bersyukur tau ada adik kecil macam awak ni!” – Komen netizen

Video itu kini telah mendapat lebih 3 ribu tontonan dan sehingga kini belum dapat diketahui tentang nama dan juga umur adik berkenaan.

Tak apa lah… Min doakan awak terus berbakti kepada rakyat Malaysia okay? Love lah kecik-kecik dah rajin ni!

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*