‘Bagaimana Nak Kata Tidak Kepada Anak Yang Comel?’ – Daddycap Susah Nak Tegas Dengan Aleesya, Netizen Baik Hati Kongsi Ilmu Keibubapaan

Kehidupan penyanyi dan aktivis kemanusiaan Daddycap atau Ariz Ramli berubah sepenuhnya selepas kehadiran isteri tercinta, Farra Inalis Hussni dan anak perempuan, Aleesya Sofia.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Daddycap akui dia sukar untuk bersikap tegas dengan Aleesya yang bersikap manja.

Kata Daddycap, 33, sikap untuk berkata ‘tidak’ kepada Aleesya itu telah mengundang rasa risau kepada Inalis atau dikenali Elis, 26.

Ramai jugak orang tanya siapa lagi garang? Mak ke daddy? Jelas sekali… ibu. Lol tetapi sangat susah untuk orang macam saya marah budak yang manja.

Dari dulu sampai sekarang walau saya tengah kerja, ada mesyuarat, dia akan mencari cara untuk duduk di sebelah saya, atau memelvk saya, atau meminta sesuatu.

Mak dia selalu risau jika saya tidak mula berkata tidak, dia akan membesar dengan manja, apa korang fikir. Bagaimana nak kata tidak kepada seorang anak yang comel?

Hantaran video tersebut telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan pelbagai respon di ruangan komen.

Rata-rata pengikut tidak lokek berkongsi ilmu keibubapaan kepada Daddycap yang baru bergelar bapa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds 🧢🍚 (@daddycapofficial)

@nuhanazieha: Ikut saja peraturan 7,7,7. Dalam Islam, sebelum 7 tahun, manjakan. Selepas 7 hingga 14 tahun, didik dan ajar. Contoh kalau tak solat, boleh denda. Selepas 14 tahun, jadi kawan dengan anak-anak, jadi pendengar yang baik.

@partnerjannah_: Macam mana awak study sanggup beli buku untuk ada ilmu tentang trade, awak study juga macam mana nak besarkan anak. Rujukan dia semua ada pada Nabi Muhammad, dah diajarkan oleh baginda lengkap untuk kita. Insya-Allah, Allah akan pelihara keluarga awak.

@qofmyhs: Kanak-kanak seusia seperti ini memang suka bergurau dan manja, tambah pula kalau dapat ayah yang melayan anak-anak, semakin manja tapi bila anak buat perkara salah, kena tegur terus, tegaskan sedikit suara sebagai peringatan kepada anak.

@qisytimah: Apabila nak kata tidak kepada anak, sertakan sebab kenapa ia tidak boleh dilakukan supaya mereka faham kenapa dilarang.

Komen Netizen:

Terdahulu, Daddycap berkahwin dengan Elis yang berasal dari Kelantan pada pertengahan November lalu secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media.

Berita perkahwinan mereka mula diketahui ramai selepas dikongsikan oleh seorang individu yang bernama Yasser Khan di Instagram Stories. Hantaran itu turut dikongsikan semula oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz di akaun miliknya.

Sumber: Instagram @daddycapofficial

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*