Fathia Latiff Kembali Bercinta Dengan Kamal Adli Di Sepanyol Dalam Gracias Barcelona

Sebuah filem romantik drama berjudul Gracias Barcelona bakal menemui penonton bermula 13 Januari ini di pawagam rumah anda, platform Astro First saluran 480.

Filem terbitan Azura Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2015, Fathia Latiff bersama aktor hebat, Kamal Adli.

Gracias Barcelona mempertaruhkan kemunculan semula Fathia Latiff sebagai pelakon dan penampilan filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin.

Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhi4nati.

Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan.

Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, tahun ini pihaknya mahu mengukuhkan lagi kepelbagaian konten menerusi tayangan filem-filem hebat pelbagai genre.

“Sebagai permulaan, kami persembahkan sebuah filem romantik Gracias Barcelona di Astro First.

“Penonton bukan saja dihiburkan dengan jalan cerita yang menarik tetapi seperti dibawa melancong dengan menyaksikan pemandangan memukau di Sepanyol,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan.

Antara lokasi popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic.

Malah, ia dipadatkan lagi dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada pengalaman pelajar ketika berada di negara asing dan cabaran kembali ke tanah air untuk memulakan perjalanan kehidupan baru.

Sementara itu, selain pelakon Fathia Latiff sebagai Fathia dan Kamal Adli sebagai Kamal, barisan pelakon lain yang turut menggerakkan jalan cerita ini adalah pelakon Afiq Muiz (sebagai orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.

Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan.

Komen Netizen:

Siapa yang melukakan dan terluka? Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*