Menyanyi sambil duduk pun sedap, patutlah g4dis ini ada ramai followers dari seberang… Sarah Suhairi ‘target’ seterusnya!

PERMAINAN em0si yang dibawa oleh g4dis ini ketika membuat persembahan nyanyian ternyata meruntun hati netizen.

Malah, cover lagu Rindu Setengah m4ti dendangan asal D’Masiv oleh Nurkiasatina Abdul Khadir turut meraih sehingga 1.5 juta tontonan.

Ramai netizen turut memberikan pujian apabila dia selamba menyanyi sambil duduk di kerusi dalam satu acara yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, pada Disember lalu.

Ketika dihubungi mStar, g4dis berusia 20 tahun yang mesra disapa Kia itu sempat berkongsi kisah di sebalik kesed1han yang dizahirkan dalam nyanyian tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Video itu dirakam pada Disember lalu, ketika ada acara di tempat saya belajar. Saya seb4k kerana cuba mendalami maksud lagu itu. Pada masa sama, saya teringat kenangan lalu.

“Saya r1ndu keluarga, teringat bekas kekasih… semua benda saya cuba ingat. Saya suka-suka saja, tak sangka sampai lebih sejuta orang tonton video nyanyian itu,” ujarnya.

Menurut g4dis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia sememangnya suka menyanyi sejak kecil lagi.

kia2

Kia juga pandai bermain gitar.

Selain menyanyi secara suka-suka, dia juga aktif menyertai kelab nyanyian di sekolah sehingga berjaya menguasai teknik bermain gitar seawal usia 12 tahun.

“Saya minat menyanyi sejak kecil sebab mak ayah selalu bawa pergi karaoke. Mak ayah pun suka menyanyi. Kalau di sekolah pun, saya pernah buat persembahan. Saya orang pertama tawar diri untuk nyanyi.

Sebelum ini memang cita-cita saya nak jadi penyanyi. Kalau ada rezeki, InsyaAllah saya terima.

KIA

“Saya sertai kelab nyanyian di sekolah. Ketika darjah enam, saya cuba main gitar pula,” ujar Kia yang juga anak bongsu daripada tiga beradik.

Imbas Kia lagi, dia mula berkongsi video cover nyanyian di Instagram sejak berusia 16 tahun.

Kini, dia aktif berkongsi video nyanyian menerusi platform TikTok sehingga tular ke negara seberang.

“Waktu tingkatan empat, saya selalu cover lagu di Instagram. Kemudian saya cuba TikTok pula. Ada juga dapat followers dari Indonesia.

kia3

Kia kini menuntut di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

“Pada masa sama, ramai yang turut hantar mesej dan request saya nyanyi pelbagai lagu sampai tak menang tangan nak layan. Kebetulan saya sibuk dengan tugasan pengajian.

“Tapi, saya nak ucap ribuan terima kasih kepada semua tak kisah dari Malaysia atau Indonesia. Terima kasih sokong saya,” ujarnya lagi.

Kata Kia, dia juga tak menolak rezeki seandainya dapat bergelar penyanyi suatu hari nanti.

kia4

Kia tak menolak rezeki jika dapat bergelar sebagai penyanyi suatu hari nanti.

Malah, Kia turut memasang angan-angan untuk berdiri atas satu pentas dan merakam lagu dengan penyanyi Sarah Suhairi.

“Sebelum ini memang cita-cita saya nak jadi penyanyi. Kalau ada rezeki, InsyaAllah saya terima. Jika ada rezeki jadi penyanyi, saya nak duet dengan Sarah Suhairi.

“Saya rasa suaranya unik dan dia inspirasi saya. Kalau ada peluang, saya juga nak masuk program realiti nyanyian.

“Dulu pernah ada orang cakap suara saya biasa-biasa saja. Tapi saya tak kisah. Ia membuatkan saya lagi bersemangat untuk buat cover nyanyian. Kejadian itu menjadi pembakar semangat saya,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*