“Stres juga mencuba tapi belum menjadi” – Siti Elizad pernah tanya suami untuk kahwin lain demi zuriat

LAPAN tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada Selasa, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, berkata dia enggan lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik.

“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.

“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.

elizad 2

Perkongsian Siti Elizad di Instagram.

“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, Elizad menerusi Instagram memuat naik ucapan sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan mereka yang menyentuh hati.

Menerusi kapsyen, penyampai radio Sinar FM ini meminta orang ramai mendoakan rezeki dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan tersebut.

Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa ger4m… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga.

SITI ELIZAD

PELAKON & PENYAMPAI RADIO SINAR FM

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayangku (suami). Saya tak ada ucapan panjang-panjang untuk awak.

“Sebab setiap kali ulang tahun perkahwinan mesti saya akan cakap… InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti.

“InsyaAllah berlapang dada, reda dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary dan happy honeymoon forever. Hanya kami berdua, doakan kami ya semua,” katanya.

Perkongsian Elizad itu turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat.

Sementara itu, Elizad memberitahu, zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.

“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.

elizd 3

Sudah lapan tahun Siti Elizad bergelar isteri.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani raw4tan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami kegugvran selepas seminggu disahkan hamil.

Elizad bagaimanapun berkata dia tidak akan berputus asa dan terus berikhtiar mendapatkan zuriatnya sendiri.

Usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakan semoga impiannya itu tercapai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*