7 tahun beraksi di dapur hotel, cef bawa diri ke Sabah selepas berhenti kerja… apa sebenarnya yang dicari-cari?

TUJUH tahun menabur bakti dalam dunia perhotelan, cef ini akhirnya memilih untuk menamatkan perkhidmatannya pada 1 Disember tahun lalu.

Menurut Izzat Aidil Sukeri, 27, dia tidak menyes4li keputusan tersebut, sebaliknya teruja dengan dunia baharu yang bakal diterokai selepas ini.

Memiliki minat yang tinggi dalam penghasilan foto dan video berasaskan alam semulajadi, dia kini mahu fokus menjelajah destinasi-destinasi pelancongan demi mencari kepuasan untuk diri sendiri.

“Tujuh tahun saya bekerja sebagai cef untuk hotel di sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya saya berhenti pada 1 Disember 2021. Saya mahu terokai potensi diri dalam penghasilan foto dan video.

Processed with VSCO with u3 preset

“Hobi ini sebenarnya sudah lama saya minat. Sejak tingkatan tiga saya dah mula hasilkan video. Jadi selepas berhenti kerja, saya nak fokus travel, buat video dan ambil gambar,” ujarnya.

Senang disapa Izzat, dia akui ada yang beranggapan keputusannya meninggalkan kerjaya dalam dunia perhotelan sebagai tindakan kurang tepat.

Namun kata jejaka dari Kemaman, Terengganu itu, dia mahu meneroka potensi dirinya demi mengejar minat yang sudah bercambah sejak sekian lama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Izzat tak menyes4l meninggalkan dunia perhotelan demi mengejar minatnya.

“Ramai yang cakap saya rugi kerana berhenti kerja. Sebelum ambil keputusan ini, saya dah beritahu keluarga. Saya pun dah ada back up plan untuk survive dalam kehidupan.

“Saya dah fikir masak-masak untuk buat keputusan ini. Selain nak travel, saya juga nak buat bisnes makanan. Mak saya pun ada kedai makan. Bidang ini sudah sebati dalam diri saya sejak kecil lagi,” ujarnya.

Saya dah dua tahun buat YouTube, tapi ia terhenti disebabkan p4ndem1k C0vldl9. Sebelum ini saya dah pernah buat video travel dan hiking.

IZZAT

Buat masa ini, Izzat bersama seorang rakannya sedang berada di Sabah sehingga 28 Januari ini untuk mengunjungi tarikan-tarikan yang ada di sana.

Sepanjang berada di Sabah, Izzat juga tak lokek berkongsi paparan visual memukau mata memandang sehingga video miliknya tular di aplikasi TikTok.

“Saya ada di Sabah sejak 3 Januari lalu. Sepanjang berada di sini, saya memilih untuk sewa motor, senang nak terokai banyak tempat. Saya pergi ke tempat yang jarang dikunjungi. Antaranya kawasan sekitar Kampung Mesilau yang berdekatan dengan kaki gunung.

Processed with VSCO with e3 preset

Izzat (depan) kini sedang berjalan-jalan di Sabah dengan seorang rakannya.

“Semua gambar dan video saya ambil guna telefon. Kemudian saya kongsikan di TikTok. Saya terkejut ia jadi viral di TikTok. Saya tak ada niat untuk ia jadi viral, saya cuma nak kongsi apa yang saya suka saja.

“Rasa berbaloi penat lelah. Ramai juga yang minta tutorial edit video tapi saya tak sempat lagi. InsyaAllah kalau ada kelapangan, saya akan kongsi tak lama lagi.

“Di sini, macam-macam aktiviti kami lakukan. Antaranya melawat kebun petani, bergaul dengan orang tempatan, layan budak-budak macam-macam lagi. Bila tengok kehidupan mereka, ia mengajar saya erti bersyukur,” ujarnya.

Untuk rekod, salah satu video yang dikongsi oleh Izzat di TikTok turut meraih lebih setengah juta tontonan.

Selain TikTok, dia juga banyak berkongsi foto dan video menerusi laman Instagram.

izzat5

Video yang dikongsi di TikTok miliknya meraih perhatian ramai netizen.

Malah, dia juga merancang untuk kembali memeriahkan saluran YouTube miliknya dengan video-video travel yang akan dihasilkan tidak lama lagi.

“Saya dah dua tahun buat YouTube, tapi ia terhenti disebabkan p4ndem1k C0vldl9. Sebelum ini saya dah pernah buat video travel dan hiking.

“Sebelum p4ndem1k, saya banyak berkunjung ke Indonesia, Vietnam dan Kemboja. Saya suka mendaki gunung.

“Pada 2018, saya pernah naik Gunung Rinjani di Indonesia. Pada 2019, saya pernah naik Gunung Kinabalu di Sabah,” ujarnya yang merancang untuk meneroka seluruh negeri Sarawak sekitar Mac ini.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar/https://www.sinarviral.kini.blog/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*