Enjoy makan sedap-sedap tapi boleh kekal kurus, jejaka ini kongsi petua turun berat badan hampir 20kg dalam 10 bulan tanpa rasa stres

PROSES untuk menguruskan badan sudah tentu tidak dapat dicapai dalam tempoh yang singkat.

Malah, ia memerlukan pengorbanan besar demi merealisasikan transformasi fizikal yang diidam-idamkan sejak sekian lama.

Bagi jejaka berusia 26 tahun ini, dia enggan terlalu memaksa diri, sebaliknya mahu menjalani proses itu dengan mudah dan gembira.

Menurut Farahi Farhat, dia memulakan proses itu pada Januari tahun lalu dan berjaya meraih berat badan ideal dalam tempoh 10 bulan sahaja.

farhat3

“Sebenarnya dulu saya tak berbadan besar, tapi berat naik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Ketika itu banyak duduk di rumah, berat saya naik sehingga 71 kilogram (kg).

“Saya nampak diri macam dah lain, berat dah meningkat, baju pun jadi ketat. Saya rasa ia tak boleh dibiarkan berlarutan, jadi saya mulakan proses untuk turunkan berat badan pada awal tahun lalu. Alhamdulillah, kini berat saya 52 kg.

“Saya nak kurus tanpa stres. Saya makan semua benda, cuma jaga kuantiti. Dalam 10 bulan itu, saya tukar tabiat pemakanan. Nak kata diet, saya tak diet sangat, cuma kena fokus terhadap pengambilan kalori. Pastikan kalori yang masuk tidak melebihi kalori yang diperlukan badan,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kata Farhat, proses menurunkan berat badannya bermula pada Januari 2021.

Senang disapa Farhat, kaedah pemakanan yang diamalkannya turut disulami dengan senaman di rumah secara berkala setiap minggu untuk membantu mempercepatkan proses berkenaan.

Ujar Farhat lagi, sudah tentu permulaan proses berkenaan turut memberi cabaran buatnya, namun dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa yakin dengan sasaran yang ditetapkan.

Tak semestinya kita kena jalani diet yang ketat. Kalau pandai jaga pemakanan dan jaga kalori, pasti dapat turunkan berat.

FARHAT

“Awalnya memang struggle. Tapi saya cuba ambil masa untuk biasakan diri dengan cara pemakanan yang betul . Setiap apa yang saya makan, saya kira kalori menggunakan aplikasi dalam telefon.

“Dengan pengiraan kalori yang saya lakukan, saya tak rasa stres sebaliknya enjoy makan apa yang saya mahu. Contohnya kalau minggu ini dah makan banyak benda manis, minggu seterusnya kita jangan ambil benda manis lagi.

“Dalam bulan pertama proses untuk kurus, saya dah berjaya turunkan 4 kg. Saya amalkan teknik pemakanan suku-suku separuh. Yang penting, kena konsisten,” ujarnya yang menetap di Petaling Jaya, Selangor.

Farhat yang juga seorang ahli fisioterapi di sebuah hospital swasta turut berkongsi video transformasi fizikalnya menerusi TikTok sehingga ia tular dan meraih perhatian ramai.

farhat2

Video dikongsi Farhat tular di aplikasi TikTok.

“Awalnya saya kongsi video itu untuk disimpan sebagai kenangan buat diri sendiri. Pada masa sama, saya sebagai orang yang bekerja dalam bidang fisioterapi, saya nak kongsi cara untuk kurus yang betul.

“Tak semestinya kita kena jalani diet yang ketat. Kalau pandai jaga pemakanan dan jaga kalori, pasti dapat turunkan berat. Jadi, semua orang sebenarnya boleh kurus tanpa melalui diet melampau.

“Alhamdulillah, saya gembira baca komen-komen netizen, saya harap ia dapat memberi semangat kepada sesiapa saja di luar sana supaya tidak stres untuk kuruskan badan,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, video yang dikongsi Farhat menerima lebih 70,000 tontonan.

Selain komen yang memuji rupa parasnya, netizen turut menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan Farhat menurunkan berat badannya dalam tempoh 10 bulan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*