Kejutan hari jadi untuk ibu tergendala, bapa dengan wajah serius saat akhir ‘tukar plan’ halang anak-anak masuk bilik

RANCANGAN sekumpulan anak membuat kejutan sempena hari ulang tahun ibu mereka ‘tergendala’ apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, sebiji kek hari jadi dengan lilin yang dinyalakan dibawa anak-anak ke bilik ibu bapa mereka.

Sebaik pintu dibuka, si bapa yang berada dalam bilik pula dengan wajah yang serius memberi isyarat tangan, tidak membenarkan anak-anak masuk kerana ibu mereka sedang solat.

Berkongsi pengalaman, seorang anak, Nur Iffah Izzati Md Mokhtar berkata, insiden berlaku pada minggu lalu sempena sambutan ulang tahun ibu mereka ke-60 pada 10 Januari.

kejutan salah timing 5

Gadis berusia 24 tahun itu memberitahu, ia merupakan kejutan yang dirancang bersama adik-beradik seminggu sebelumnya dan baru diketahui bapa mereka pada hari kejadian.

“Kami rancang sambut birthday mak selepas solat Isyak. Mak memang tak tahu kami nak surprise dia kecuali ayah yang diberitahu lebih awal.

“Selepas solat Isyak kami dah berkumpul depan bilik mak ayah. Nampak ayah buka pintu bilik sedikit, ingatkan ayah beri hint untuk kami masuk bilik,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sebahagian adik-beradik dan anak saudara Fah Mokhtar membuat kejutan hari jadi buat ibu di bilik.

Namun Iffah yang lebih dikenali sebagai Fah Mokhtar berkata, sangkaan mereka sebenarnya silap kerana sebaliknya bapa mereka terlebih dahulu membuat ‘kejutan’.

“Kami terkejut bila ayah tahan kami daripada masuk. Ayah cakap mak dah solat Isyak, tapi tengah solat sunat.

Plan pertama kami nak buat kejutan tak menjadi sebab mak sambung solat sunat. Selepas mak dah selesai doa selepas solat, baru kami masuk bawa kek,” ujarnya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

kejutan salah timing 7

Foto kiri ibu Fah Mokhtar bersama kek hari jadi, kanan ibu Fah Mokhtar bersama cucu-cucu.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mereka bagaimanapun bernasib baik kerana ibu tidak menyedari ‘ins1den’ sebelum itu kerana sedang menunaikan solat.

“Kiranya plan kejutan masih menjadi, tapi part two. Paling seronok sebab kami dapat tunaikan impian mak untuk berkumpul sekeluarga dengan semua adik-beradik.

Kiranya plan kejutan masih menjadi, tapi part two. Paling seronok sebab kami dapat tunaikan impian mak untuk berkumpul sekeluarga dengan semua adik-beradik

NUR IFFAH IZZATI MD MOKHTAR

“Kami selalu sambut birthday ahli keluarga tapi mesti tak semua ada sebab sibuk dengan kerja dan komitmen masing-masing.

“Kejutan ini pun kami buat beberapa hari selepas birthday mak sebab semua adik-beradik baru dapat berkumpul bersama,” tambahnya.

kejutan salah timing 3

Ibu bapa Fah Mokthar bersama kejutan yang dibuat anak-anak.

Dalam pada itu, Fah Mokhtar turut menjelaskan bahawa tidak timbul soal ‘terjah’ ke bilik ibu bapa mereka kerana rancangan tersebut telah dimaklumkan kepada bapa mereka.

“Ayah tak marah, cuma dia bagi isyarat dan beritahu mak tengah solat. Lagipun kami sebenarnya sambut birthday mak beramai-ramai di ruang tamu.

“Kami adik-beradik prepare pelbagai jenis makanan, masak di rumah masing-masing,” katanya sambil menambah ibu bapanya yang sebelum ini mengusahakan kedai makan kini mempunyai lapan cucu.

kejutan salah timing 6

Keluarga Fah Mokhtar akhirnya berkumpul bersama sempena hari jadi ibu.

Disangka garang dan serius menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, jurujual itu menyifatkan bapanya yang berusia 68 tahun itu sebenarnya seorang yang kelakar dan sporting.

“Ikutkan lepas kami semua keluar dari bilik bawa kek birthday untuk mak, ayah gelakkan kami sebab mula-mula tu surprise macam tak menjadi,” ujar Fah Mokhtar secara berselor0h.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*