‘Orang Panggil Bayi Kolik’ – Anak Keempat Asyik Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tukar Nama Pada Muhammad Fahri

Pada Disember tahun lalu, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menimang cahaya mata keempat dan memilih nama Jibril Ibtisam buat bayi lelaki mereka.

Namun, nama Jibril Ibtisam tidak berkekalan lama. Ketika ditemui OhBulan!, Wawa, 31, menyatakan mereka telah memilih Muhammad Fahri sebagai nama baru untuk putera bongsu.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis selepas menuruti pilihan Aeril, 34.

Aeril yang bagi nama Jibril

Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu.

Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.

Pasangan sama cantik ini ditemui ketika majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi, pada malam Sabtu.

Dalam majlis yang meraikan stokis dan ejen jualan Wawa Cosmetics itu, turut dilancarkan siri mandian baharu yang terdiri daripada gel mandian dan scrub pencerah. Produk terbabit dikeluarkan dalam dua varian iaitu Japanese Rose dan Cherry Blossom.

Disebabkan itu, pemilik nama Suhairil Sunari terus menukar nama dan melakukan ibadat akikah buat kali kedua.

Majlis akikah yang pertama telah diadakan di kediaman mereka iaitu dua minggu selepas Wawa bersalin.

Saya cakap; asal sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.

Buat akikah lagi sekali

Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.

Kiranya, dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama.

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram @aeril_zafrel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*