“Diploma takde, SPM buat apa?” – Gadis Sedih ‘Family’ Kekasih Pandang Rendah

Bagi individu yang menjalin hubungan cinta, memang sukar sekiranya ahli keluarga kepada pasangan kurang berkenan dengan pilihan hati kita.

Buntu juga jika mahu teruskan hubungan ke fasa seterusnya. Adakah mereka akan terbuka hati untuk atau kita meredah saja sekali gus menimbulkan ‘drama’ antara dua pihak?

Mungkin situasi seperti itu difikirkan oleh seorang gadis ini apabila mend4kwa ahli keluarga teman lelakinya seolah-olah memandang rendah terhadap tahap pendidikan yang dimiliki.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, @nraliisya_ meluahkan perasaan kec3wa yang tersimpan di hati selepas tidak berjaya memenuhi ‘citarasa’ ahli keluarga teman lelakinya.

Difahamkan, gadis berusia 19 tahun itu diajak kekasihnya ke majlis kenduri yang berlangsung di rumah lelaki tersebut sebelum berlaku situasi mengec3wakan itu.

“Dah sampai, tiba-tiba keluarga dia cakap. Tak setaraf la dengan keluarga kita. Takde la cantik mana, diploma pun takde. SPM buat apa,” luahnya.

Video:

@nraliisya_

Siapa yang pernah kena je tahu sakit dia mcm mana 😪

♬ suara asli – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

Rakaman berdurasi 15 saat itu menerima sebanyak 447,000 tontonan serta dipenuhi hampir 1,500 komen warganet yang memahami perasaan dialami oleh gadis berkenaan.

Rata-rata menyifatkan ahli keluarga yang mengambil kira mengenai persamaan taraf itu agak ‘meny4kitkan’ sehingga hilang keyakinan diri untuk bercinta dengan insan tersayang.

Komen Netizen:

Sumber: TikTok @nraliisya_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*