Anak ayah dah kahwin! Pengantin lelaki mahu ‘berteman’ berdepan tok kadi, letak foto arw4h bapa di sisi ketika akad nikah

HARI bahagia yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan, disulami rasa h1ba kerana bapa kesayangan tiada di sisi.

Namun, bagi meredakan kesedihan, sekeping gambar berukuran pasport diletakkan di sisi pengantin lelaki pada majlis pernikahannya.

Segak berbaju Melayu putih, lelaki berkenaan kelihatan merenung foto arw4h bapanya sebelum diijab kabul di sebuah masjid.

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Muhamad Zakwan Zaidi berkata, dia bernikah pada 15 Januari lalu di Masjid Gombak Utara di Gombak, Kuala Lumpur.

foto arwah ayah 2

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, bapanya, Allahyarham Zaidi Harun men1nggal dun1a akib4t s4kit j4ntung pada 20 September 2020 ketika usianya 49 tahun.

“Masa nikah tu saya rasa sedih dan sebak apabila teringat arw4h ayah. Arw4h pernah cakap dia nak sangat tengok saya kahwin.

“Jadi, saya tak dapat gambarkan rasa rindu sangat sebab hari yang penting arwah tak dapat tengok. Melihat gambar arw4h dapat memberi semangat kepada saya.

“Rasa seperti arw4h ada dekat dengan saya. Gambar arw4h ayah memang selalu ada dengan saya, disimpan dalam dompet,” katanya ketika dihubungi.

@fafauarfa

BAWA FOTO ARWAH PA SAAT IJAB KABUL… SEMOGA ABE WAN KUAT YA…. KAMI YANG TENGOK PUN SEBAK 😭 #IJABKABUL#FYP#AYAH

♬ AYAH KU KIRIMKAN DOA – STEFANNY SAFIRA

Zack (kanan) bersiap sedia untuk diijab kabul.

Lebih mesra disapa Zack, katanya, bapa dan ibu kandungnya telah lama berpisah, dan sejak itu dia dibesarkan oleh bapanya selain nenek dan ibu saudara.

“Saya dibesarkan dan dijaga oleh Tok Ma (nenek), ummi dan arw4h ayah dalam satu rumah. Ummi merupakan kakak kepada arw4h ayah yang saya anggap macam emak sendiri.

“Adik beradik arw4h ayah yang banyak membantu saya selama ini. Kesemua mereka termasuk ayah seramai tujuh beradik,” ujarnya yang berasal Rantau Panjang, Kelantan.

foto arwah ayah 3

Zack (kanan) dan isteri bernikah pada 15 Januari 2022.

Bergelar anak tunggal, dirinya masih cukup bertuah kerana mendapat kasih sayang daripada bapanya dan orang sekeliling.

“Arw4h ayah seorang yang baik dan memberi sepenuh kasih sayang kepada saya. Arw4h sentiasa murah dengan senyuman dan banyak memberi nasihat kepada saya,” tambahnya.

foto arwah ayah 4

Pengantin bersama keluarga selepas akad nikah.

Zack yang bertugas sebagai guru bagaimanapun tidak menyangka video pernikahannya yang dikongsi sepupu menerusi aplikasi TikTok menjadi tular.

“Sebenarnya saya tak tahu pasal video tersebut sebab sibuk dengan majlis. Tapi dengan izin Allah, video yang viral tu membuat ramai orang mendoakan arwah.

Masa nikah tu saya rasa sedih dan seb4k apabila teringat arw4h ayah. Arwah pernah cakap dia nak sangat tengok saya kahwin

MUHAMAD ZAKWAN ZAIDI

“Alhamdulillah atas doa mereka dan majlis nikah saya dan isteri berjalan lancar,” katanya sambil menambah isterinya, Arma Ibwana Ibrahim Yahya yang berusia 27 tahun juga merupakan seorang guru.

Mengimbas kembali, antara kenangan terindah bersama arwah bapanya adalah ketika menghadiri majlis konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) di Tanjung Malim, Perak pada 2019, selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani.

foto arwah ayah 5

Zack (kiri) dan isteri.

“Alhamdulillah arw4h ayah sempat tengok saya di dalam dewan naik atas pentas terima ijazah. Ayah memang gembira hari tu.

“Kenangan terindah yang paling tidak dapat dilupakan. Sebab itu juga masa nikah, saya teringatkan arw4h ayah dan segala kenangan ketika kami bersama,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*