Aks1 Sekumpulan Semut Kant0i Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak ‘Mereka’ Nak Jual Emas Untuk Beli Gula

Tak dinafikan, semut merupakan salah satu jenis serangga yang mampu membangkitkan emosi seseorang terutamanya buat suri rumah. Pantang makanan terded4h sahaja, habis dihurungnya!

Tetapi kali ini berbeza pula kisahnya apabila sekumpulan semut ini bukannya menghurung makanan tapi diangkutnya perhiasan emas. Dengar macam pelik kan? Tapi itulah sebenarnya yang berlaku di sebuah rumah di Indonesia.

Baru-baru ini, viral satu video di TikTok memperlihatkan sekumpulan semut kantoi sedang mengangkut rantai emas untuk dipindahkan ke tempat yang lain. Kejadian yang jarang berlaku itu berjaya dirakam oleh pemilik barang perhiasan tersebut sebelum dimuat naik di akaun TikTok, Nayanaya51430.

Namun mujurlah individu ini menyedari kejadian itu. Jika terlewat sikit, habis barangan berharga diangkut sekumpulan semut itu ke sarang. Dakwanya lagi, sekiranya rantai itu hilang, ianya secara tidak langsung akan menimbulkan fitn4h dalam kalangan ahli keluarganya. Pasti mereka akan tertanya-tanya siapakah individu yang ‘mencuri’ rantai tersebut.

Video:

@nayakanaya51430

ngakak sore😁😁😁😁

♬ Anjahahhaha – One Voice

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui agak hairan bagaimana sekumpulan semut tersebut boleh ‘bersepakat’ untuk mengangkut barang perhiasan itu.

Saya tidak tahu nak kata apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu nak bawa rantai saya. Harap selepas ini orang lain akan tahu dan lebih berhati-hati dalam menyimpan barang. Ini modus pencvrian yang baharu.

Komen Netizen:

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan ‘aksi’ tersebut. Malah segelintir daripada mereka sempat bergurau mengatakan sekumpulan semut itu mahu menjual rantai emas tersebut untuk membeli stok gula.

Sumber: Nayanaya51430

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*