“Hayonaseyo!”- [VIDEO] Nenek Selalu Layan K-Drama, Cucu Minta Nasi Goreng Cina Bunyi Korea!

Para peminat K-pop dan K-drama sekalian, min nak tanya seberapa minatnya korang dekat hiburan daripada Korea Selatan ni?

Ada segelintir peminat hiburan Korea Selatan ini yang minat biasa-biasa je buat layan masa waktu lapang. Tetapi, ada juga yang sampai tahap boleh baca tulisan hangul dan boleh cakap Bahasa Korea! Kalau yang macam ni, dah memang level boleh pergi Korea lah.

Seperti video yang dikongsikan di laman TikTok oleh pemilik akaun bernama Ros Afida Ismail ini, akibat pengaruh nenek yang layan K-drama, si cucu pun terikut cakap bunyi Korea!

“Abang nak nasi goreng cina tak? Cakap cina dulu,” kata si ibu.

Berdasarkan video perkongsian tersebut, si kecil bernama Naufal ini dengan comelnya menjawab apabila disuruh ibunya bercakap dalam bahasa Cina, “…Hayonaseyo”. Walaupun bukan bahasa Cina jawapannya itu, namun dia tetap menghiburkan!

Video:

@rosafidaismail

itu korea 😌

♬ original sound – Ros Afida Ismail – Ros Afida Ismail

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keletah adik Naufal ini kerana dengan confidentnya dia balas pertanyaan ibunya itu. Masalahnya, dikatakan ianya bukan perkataan Bahasa Korea pun, tapi bunyi tu memang pekat Korea dia!

Video berdurasi 19 saat itu telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 115.8 ribu penonton dan 6027 likes!

Jika dilihat dalam posting ibunya yang lain, dikatakan adik Naufal ini siap dah hafal sikit-sikit lagu OST K-drama yang mereka tonton!

Kalau dulu orang terpengaruh dengan zaman filem Hindustan, sekarang ni K-drama pula!

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*