Mata anak berkaca di majlis konvo, puncanya terjawab masa sesi luah perasaan dalam kereta… naluri si ibu tepat!

SETIAP anak pasti ingin melihat kedua ibu dan bapanya hadir di setiap majlis atau peristiwa penting yang melibatkan diri mereka.

Wajah gembira serta penuh kebahagiaan seorang ibu dan bapa apabila melihat anak-anak mereka naik ke pentas kerana kejayaan tertentu pasti akan menambahkan lagi keceriaan si anak.

Namun, tidak semua orang bernasib baik.

Wajah sugul seorang kanak-kanak yang kelihatan termenung apabila melihat rakan-rakannya hadir ke majlis ‘konvokesyen’ tamat tadika bersama kedua ibu bapa mereka baru-baru ini ternyata menyentuh emosi warga maya.

Kanak-kanak berkenaan, Hawa Humaira Mohd Azmi, 6 tahun hanya hadir bersama ibunya.

“Ibu tanya kakak OK ke? Kakak jawab OK, waktu ibu tengok sekeliling ibu, ibu rasa seb4k, mesti kakak sedih sebab kawan-kawan kakak ada papa kan?.

“Ibu bangga dengan kakak, kakak anak yang kuat, kakak tak tunjuk yang kakak sedih,” tulis ibu Hawa, Nik Khuzaimah Nik Mohamed, 31, di laman sosialnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, peniaga laksa yang mesra disapa Nur ini berkata, suaminya men1nggal pada 12 Januari 2020 akibat kemal4ngan motosikal.

Dia yang kini menetap di Kelantan berkata, ketika kejadian anak sulungnya itu baru berusia tiga tahun manakala adiknya, Nur Hasya baru berusia 10 bulan.

Menurut Nur, video yang dikongsikan di laman TikToknya itu dirakam pada 25 Januari lalu.

“Memang masa tengah tunggu orang penuhkan dewan saya perasan dia termenung jauh macam ada sesuatu yang dia tengah fikir.

“Saya tengok mata dia masa tu dah berkaca, bila saya tanya dia OK ke tak, cepat-cepat dia jawab OK sebab memang dia tak suka tengok saya sedih.

“Lepas selesai je konvokesyen masuk kereta baru dia cakap yang dia rindukan papa dia,” cerita Nur.

Suaminya men1nggal disebabkan kemal4ngan motosikal.

Katanya, tidak ada ungkapan yang dapat menggambarkan betapa sedihnya dia apabila anaknya itu meluahkan perasaan.

“Allah je yang tahu perasaan ibu waktu tu macam mana, saya tahan seb4k sebab tak nak tunjuk lemah depan anak-anak.

“Sebagai ibu saya nak anak-anak hidup bahagia macam orang lain, dikelilingi orang baik-baik dan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Nur dan dua anak-anaknya kini menetap dengan ibu bapanya di Kelantan.

Ibu tunggal itu turut meminta agar orang ramai mendoakan dirinya supaya kuat dan kekal tabah dalam membesarkan anak-anaknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*