‘Akak Minta Maaf Sebab Tak Hubungi Sesiapa, Akak Tak Sanggup Ris’ – Babak Uyaina Arshad Cari ‘Wali’ & Dengar Luahan Rindu Adik Dalam ‘Kau Cipta Kasih’ Buat Penonton Seb4k!

Mula ditayangkan di TV3 sejak 13 Januari yang lalu, drama ‘Kau Cipta Kasih’ lakonan Uyaina Arshad dan Nazim Othman ini ternyata mendapat sambutan daripada penonton. Mana taknya, konflik yang dihadapi keluarga Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) itu membuatkan penonton ternanti-nanti setiap episod.

Sejak peristiwa hitam yang telah berlaku dalam kehidupannya, Khadijah dilihat sangat tabah dan meneruskan kehidupan meskipun tiada siapa di sisinya. Siapa sangka sewaktu melarikan diri daripada rumah, Khadijah terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Macam mana mereka boleh berjumpa? Khadijah telah menyelamatkan nyawa Afiq semasa dirompak. Susulan daripada kejadian tersebut, Khadijah telah ditendang dan pengsan. Afiq telah membawa Khadijah pulang ke rumah dan pada waktu itu, ibu Afiq telah menawarkan pekerjaan kepada Khadijah sebagai pembantu rumah.

Temui kebahagiaan sendiri

Sepanjang Khadijah bekerja sebagai pembantu rumah, Afiq ternyata menyimpan perasaan terhadap dirinya. Bukan itu sahaja, ibu Afiq turut bersetuju sekiranya mereka berdua berkahwin. Dalam episod semalam, Khadijah bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengan Afiq. Namun, dia memberitahu bahawa dirinya sudah tidak ‘suci’ seperti wanita lain. Tidak mahu mengimbau kisah silam, Afiq menerima Khadijah seadanya. Khadijah turut memberitahu bahawa dia mahu mencari adiknya iaitu Idris. Ujar Khadijah, Idris merupakan walinya untuk majlis perkahwinan nanti.

Setibanya di kampung, Khadijah berjaya memujuk Idris untuk menjadi wali. Babak tersebut ternyata menyentuh hati para penonton. Ini kerana, Idris meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap kakaknya itu. Jelas Idris, mereka sekeluarga sangat merindui Khadijah. Khadijah meminta Idris untuk merahsiakan hal perkahwinannya dan berjanji akan berjumpa dengan semua adik-adiknya suatu masa nanti.

Tak ada siapa-siapa dalam dunia ini

Selepas mendirikan rumah tangga, Khadijah dan Afiq bercadang untuk pergi ‘honeymoon‘. Manakala, ibu dan ayah mentuanya pula telah pergi menunaikan umrah. Semasa ‘honeymoon’, Afiq menerima berita sedih apabila ayah dan ibunya telah men1nggal dun1a. Sejak dari itu, Afiq kelihatan berdiam diri, tidak mahu makan apatah lagi bersembang dengan isterinya. Hari demi hari, Khadijah cuba untuk memujuk suaminya itu. Jelas Khadijah, dia hanya mempunyai Afiq sahaja dalam kehidupannya. Sekiranya Afiq masih berdiam diri, dia berasa tidak layak untuk bahagia. Sedih mendengar kata-kata si isteri, Afiq nekad untuk mencari kebahagiaannya semula di samping memberi kebahagiaan buat Khadijah.

Selepas lima tahun, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka dilihat sangat bahagia dan Afiq berjaya mengendalikan syarikat arw4h bapanya dengan baik. Kalau korang nak tahu macam mana pula nasib ibu Khadijah yang menetap di rumah seorang diri selepas mendengar pengakuan suaminya yang sudah berkahwin lain, korang nantikan episod malam ini okay!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*