Cukup tempoh 3 tahun, tiba masa tunai janji dengan kekasih! Lelaki ini selamat nikah selepas ‘munt4hkan’ wang dari 6 tabung buluh

SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit.

Itulah yang ingin dibuktikan Muhammad Farhan Samsudin, 25, apabila dia mula menyimpan wang kertas RM10 dalam tabung setiap hari sejak 2019.

Siapa sangka usahanya itu membuahkan hasil apabila jejaka yang mesra disapa Paan ini berjaya mengumpul lebih RM9,000 dalam masa tiga tahun.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Paan yang juga seorang guru subjek Pendidikan Islam di sebuah sekolah di Permatang Buluh, Kedah berkata dia mula menyimpan wang tersebut setelah merancang untuk berkahwin dengan pasangannya, Nurul Hannani Patin, 24.

“Selain bekerja sebagai guru dekat sekolah, saya ada juga buat kerja lain. Saya ada banyak buat part-time sewa PA system, bawa Grabcar, Foodpanda, jadi security guard pun pernah. Kadang-kadang saya tak masukkan note RM10 setiap hari, saya kumpul cukup seminggu baru masukkan dalam tabung.

“Saya dah berkawan dengan isteri dari sekolah lagi sejak 11 tahun lepas. Kami dah lama plan nak kahwin. Jadi saya pun cakap dekat dia bagi masa tiga tahun nak kumpul duit,” katanya dalam nada teruja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Paan banyak menerima tempahan sewa PA system setelah videonya tular.

Berkat kesungguhan jejaka ini dalam menghalalkan hubungan mereka, dia berjaya mengumpul sejumlah wang dan telah mengadakan majlis akad nikahnya pada 2 Februari lalu.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kisahnya, anak jati Kulim, Kedah ini memiliki enam buah tabung DIY (do it yourself) yang penuh dengan wang yang dimasukkan sepanjang tempoh tiga tahun.

Sampai bulan dua penuh dah slot. Alhamdulillah, saya anggap ni rezeki kahwin saya.

PAAN

“Alhamdulillah kami dah selesai akad nikah hari Rabu. Duit hasil daripada menabung saya guna untuk mas kahwin, RM1,500 dan selebihnya saya guna untuk hantaran dan kenduri. Ada juga saya guna duit simpanan lain bukan dari simpanan tabung kahwin untuk majlis. Baki RM4,000 duit tabung tu saya simpan untuk guna lepas kahwin,” katanya.

Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, perkongsian rakaman video dirinya memecahkan tabung yang diperbuat daripada buluh di laman TikTok mendapat lebih satu juta tontonan.

Rata-rata komen netizen memuji usaha Paan yang berjaya mengumpul duit tabungan kerana tidak semua orang mampu melakukannya, malah ada juga yang meminta tip daripada jejaka ini.

Paan berkata niatnya berkongsi video tersebut hanya untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk turut menyimpan secara konsisten.

Ramai yang meminta Paan berkongsi tip menabung.

“Saya sebenarnya tak percaya saya mampu kumpul sebanyak tu. Memang agak struggle la nak simpan RM10 sehari. Banyak juga nilai tu kalau nak tarik daripada perbelanjaan setiap hari.

“Saya takut juga nak post, banyak juga yang bagi nasihat cakap hati-hati, tapi saya kongsi sebab saya nak bagi orang lain semangat, kita ni manusia kalau kita tak tahu hasilnya, kita tak akan mulakan sesuatu tu.

“Ada yang minta tip. Bagi saya kalau nak menabung ni kena disiplin tinggi. Kalau dah masukkan duit dalam tabung, jangan korek balik. Kalau boleh cari tabung buluh macam saya buat, susah dah nak keluarkan kalau tak belah guna parang,” selor0h Paan.

Tidak terhenti di situ, selepas videonya viral Paan telah menerima enam ‘job’ bagi menyediakan khidmat sewa PA system pada Sabtu (5 Februari) yang mana hari tersebut merupakan hari persandingannya.

Jelasnya lagi, dia menerima tempahan untuk menyewa PA system di sekitar kawasan Perak sehingga ke Perlis.

“Saya tak sangka ramai nak menyewa dengan saya lepas video saya post tu. Enam job saya ambil semua walaupun saya sendiri pun nak pakai PA system sanding pada Sabtu. Tak pasal-pasal saya pula kena sewa dekat orang lain.

Jejaka ini merupakan anak keempat daripada lima beradik.

“Saya ambil je semua kerja tak tolak satu pun. Sampai bulan dua penuh dah slot. Alhamdulillah, saya anggap ni rezeki kahwin saya,” jelas jejaka ini.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*