Wan Sharmila tak terkejut nama kena pet1k dipelvk anak Siti Sarah, mengaku kenal Shuib tapi bukan rapat

GARA-GARA sebuah video memperlihatkan anak perempuan Allahy4rham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memelvk seorang wanita, nama pelakon Wan Sharmila pula dipet1k netizen.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita misteri itu adalah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku.

Bagaimanapun Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

“Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya… lebih kurang muka kami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen pet1k nama saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak perempuan Shuib dan arw4h Siti Sarah.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arw4h Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memelvk wanita yang identitinya dirahsiakan.

Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib.

WAN SHARMILA

PELAKON

“Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. Arwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti.

“Masa arw4h men1nggal dun1a, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga tegur-tegur biasa saja,” ujarnya.

Menerusi temubual bersama mStar sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh mengg0res hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib.

Wan Sharmila 1

Wan Sharmila tidak kisah namanya dipet1k netizen.

“Saya tak kisah pun nama dipet1k… cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain.

“Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut.

“Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib… bagai langit dan bumi,” katanya.

Untuk rekod, Siti Sarah men1nggal dun1a pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*