Selepas 2 tahun sambut raya di rumah kakak lain agama, mualaf kelahiran Sabah impikan Aidilfitri 2022 lebih meriah… nak beraya di kampung isteri pula – Viral | mStar

HARAPAN umat Islam untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri secara normal tahun ini masih samar-samar apabila j4ngkitan c0v1d-19 kembali meruncing sejak beberapa hari lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Isnin berkata rakyat Malaysia berpeluang untuk menyambut Aidilfitri sekiranya terdapat penurunan k3s j4ngkitan wab4k itu dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang.

Bagi Adam Owengelo Rosalia, 26, yang memeluk Islam pada 10 Disember 2019, dia belum pernah merasai sambutan Aidilfitri secara meriah memandangkan negara ‘terkurung’ dengan sekatan ketika ia dirayakan pada tahun 2020 dan 2021.

“Saya dah bergelar mualaf sejak tahun 2019. Tapi semenjak saya memeluk Islam, saya tak pernah lagi menyambut Aidilfitri dengan meriah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021.

adam3

“InsyaAllah saya berharap tahun ini saya dapat rasai apa yang diimpikan sejak sekian lama. Cuma harap semua orang patuhi prosedur operasi standard (SOP) agar kes tidak meningkat lagi,” ujarnya.

Senang disapa Adam, dia yang baru mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Nurfarahanim Noruddin, 28, pada bulan lepas turut berangan-angan meraikan Aidilfitri di kediaman mentuanya di Kuala Berang, Terengganu.

Jelas Adam, pada tahun 2020 dan 2021 dia hanya meraikan Aidilfitri di kediaman kakaknya dan tidak pernah merasai suasana sebenar hari kemenangan umat Islam itu, seperti yang diraikan sebelum kedatangan pandemik.

Adam berharap dia dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana meriah tahun ini.

“Memang harapan saya nak beraya dengan keluarga mentua di kampung isteri. Saya nak rasai pengalaman raya yang sebenar, nak rasa hidupkan pelita.

“Masa tahun lepas ketika ada kelonggaran sementara ketika PKP, saya sempat tarawih di masjid selama seminggu. Tahun ini saya harap dapat berkumpul dengan keluarga, teringin nak rasai pengalaman bermaafan pada pagi raya.

“Tahun 2020 dan 2021 saya beraya sebagai orang bujang, saya raikan di rumah kakak saya saja. Kakak saya beragama Kristian, tapi dia sangat supportive dan memeriahkan raya saya sebagai mualaf,” ujarnya yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Tujuh rakan sebilik merupakan orang Islam. Jadi saya banyak memerhatikan kehidupan mereka.

ADAM

Mengenai dirinya, Adam mempunyai darah keturunan Filipina yang berasal dari Lahad Datu, Sabah.

Jelas Adam, hatinya mula terpaut dengan agama Islam sejak kecil lagi, malah ia semakin membuak-buak ketika dia melanjutkan pengajian di Unitar International University (Unitar) kampus Kota Kinabalu, beberapa tahun lalu.

“Sebenarnya saya minat dengan Islam sejak kecil lagi. Sebab kawan-kawan dan jiran saya kebanyakannya orang Islam. Kawan bukan Islam pun ada, tapi tak ramai.

“Sejak kecil, saya sering tanya macam-macam soalan. Saya bertanya mengenai khatan, azan di masjid, hijab, songkok dan sebagainya. Semua benda yang agak asing kepada saya, saya akan tanya kawan-kawan Muslim.

adam2

Adam memasang angan-angan untuk beraya di kampung isterinya, di Terengganu.

“Ketika di Unitar, saya duduk lapan orang sebilik di asrama. Tujuh rakan sebilik merupakan orang Islam. Jadi saya banyak memerhatikan kehidupan mereka.

“Boleh dikatakan sejak 2017 lagi saya nak peluk Islam, akhirnya hasrat itu direalisasikan pada tahun 2019,” ujarnya yang bekerja dengan syarikat peruncitan Lotuss (sebelum ini dikenali sebagai Tesco).

Menurut laman sesawang Public Holidays, umat Islam di Malaysia dijangka meraikan 1 Syawal pada 3 Mei 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*