[Vide0] “Kakinya Tu Bergaya Betul…”Gelagat Oyen Pandai Pegang Botol Susu Sendiri

Kebiasaanya anak kucing yang masih kecil amat memerlukan susu untuk tumbesaran terutama bagi kucing yang tidak mempunyai ibu untuk menyusu. Kadang-kadang ramai anak kucing yang tidak dapat meneruskan hidup kerana terpisah dengan ibunya.

Seperti gelagat seekor kucing yang berwarna oren ini yang menarik perhatian ramai apabila meminum susu daripada botol menggunakan kaki dan tangannya. Gelagatnya itu menunjukkan bahawa si oyen memang tidak sabar untuk meminum susu.

Rakaman video itu telah dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok dan mendapat sejuta tontonan dan beribu lagi komen daripada peminat kucing yang suka melihat gelagat pelik daripada kucing. Malah melihat si oyen meminum susu dengan posisi begitu membuatkan ramai terpegun.

Di dalam rakaman video yang dikongsikan itu, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen itu semasa dia ingin memberikan botol susu itu. Turut dapat dilihat, reaksi si oyen yang begitu teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk minum susu yang diberikan.

Video:

@elygejora1

setiap Mt dot gak sabaran bgt bara#foryoupage #foryou #fypシ #streetfeedingkucing #kucingoyen #fypシ #kucinglucuimut #fypシ

♬ suara asli – Ely gejora – Ely gejora

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat telatah comel si oyen ini. Malah ada yang menganggap mungkin juga kucing itu sudah diajar untuk berdikari oleh pemiliknya itu dan boleh meminum susu dengan sendiri memandangkan memang dia jenis yang tidak sabar.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok elygejora1

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*