Gadis ded4h apa kebaikan majikannya! Patutlah menangis tervk, sayang nak tinggalkan bos Cina dianggap ‘terpaling’ baik

KATA orang, rezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Bagi Siti Nur Amira Rosli, mendapat majikan yang baik juga dianggap sebagai satu kurniaan rezeki buatnya.

Dalam satu video tular, gadis berusia 25 tahun itu kelihatan menangis sambil berpelukan dengan majikannya pada hari terakhir dia bekerja di sebuah syarikat yang terletak di Kota Damansara.

Senang disapa Amira, dia berkata majikan wanita berbangsa Cina itu sudah dianggap sebagai keluarga sendiri, malah segala bakti yang ditabur pasti akan dikenang sampai bila-bila.

mira4

“Saya rakam video itu sebagai kenangan untuk diri sendiri. Saya dan bos sama-sama menangis. Bos saya memang sangat baik orangnya.

“Hari terakhir kerja pada 10 Februari 2022, dia hadiahkan saya sebentuk cincin Pandora. Saya pun tak sangka video kami menangis akan jadi viral. Sejujurnya memang sedih.

“Sepanjang dua tahun di syarikat itu, bos layan saya dengan baik. Semua dia layan macam kawan-kawan. Ikatan sangat kuat, jadi tak ada gap antara kami,” ujarnya.

Di aplikasi TikTok, video tersebut meraih lebih 250,000 tontonan dalam tempoh 14 jam ia dimuat naik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Amira bakal memulakan kerja baharu Isnin depan.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat hubungan yang erat antara majikan dan pekerja yang berlainan bangsa dalam video berkenaan.

Sejujurnya memang susah sebab lain bidang, tapi bos saya banyak bagi sokongan.

AMIRA

“Kebanyakan komen yang ada, netizen kata susah nak cari bos yang baik. Kadang-kadang, ada syarikat yang bayar gaji OK, tapi pengurusan tak OK.

“Untuk dapat bos yang baik, ibaratnya satu dalam seribu. Ada juga yang komen dan bertanya sebab saya letak jawatan. Ramai juga yang tumpang sedih tengok video kami,” kata Amira.

Imbas Amira lagi, dia pada awalnya sekadar menjalani latihan industri di syarikat tersebut pada Februari 2020.

Pada Mei tahun yang sama, dia diserap sebagi pekerja tetap, sekali gus menjadi pekerjaan pertama buatnya selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

mira2

Amira bersyukur dikurniakan majikan berlainan bangsa yang sangat baik.

“Saya menjalani internship di syarikat itu pada Februari 2020. Pada bulan Mei, saya ditawarkan bekerja. Masa tu saya rasa sangat bertuah dan gembira, tak sangka boleh dapat kerja tetap.

“Dalam keadaan sekarang, tak semua akan dapat peluang macam ni. Jadi saya ambil peluang yang ditawarkan. Saya pula belajar bidang Sumber Manusia, tapi dapat kerja sebagai setiausaha.

“Sejujurnya memang susah sebab lain bidang, tapi bos saya banyak bagi sokongan, saya rasa seronok. Saya bermula dengan kosong. Kalau silap pun dia cakap tak apa, sebabnya boleh belajar dari kesilapan. Saya tak pernah stres nak pergi kerja.

mira5

Lepasan UUM ini turut terkejut apabila video yang dikongsi meraih perhatian netizen.

“Tapi akhirnya saya dapat tawaran lain. Saya berhenti kerja dari syarikat ini. Saya mencari career development, saya nak kerja dalam bidang yang saya pelajari dulu,” ujar anak kelahiran Selangor itu.

Dalam pada itu, Amira yang bakal memulakan kerja baharu pada Isnin depan menitipkan pesan kepada lepasan universiti yang menganggur di luar sana agar terus kuat dalam mengejar cita-cita mereka.

“Teruskan mencari dan jangan putus asa. Pastikan resume dibuat dengan tepat, tengok mana-mana ada kerja kosong, mohon saja.

“Hantarlah sampai 100 permohonan pun, mana tahu ada yang sangkut,” pesannya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*