“Suami Kena Trim Bvlu Ket1ak, Jangan Pakai Kain Pelikat Bau Kep4m,” – Viral Isu Isteri Tak Berhias Di Rumah, Ini Respon ‘Padu’ Fazley Yaakob

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan seorang pengguna Twitter yang mempersoal tindakan segelintir wanita yang dikatakan lebih suka berhias ketika di luar berbanding bersama suami semasa di rumah.

Kenyataan tersebut nyata mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak. Antara yang turut sama memberikan respon terhadap isu berkenaan termasuklah penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Menurut Datuk Fazley, mereka yang berpandangan sedemikian sememangnya memiliki pemikiran yang sangat dangkal dan jumud.

Katanya lagi, sebagai suami, kita tidak sepatutnya membebankan isteri dengan perkara-perkara kecil seperti memandangkan banyak lagi perkara lain yang harus diberikan keutamaan.

“Wow ramai share tweet ni pada saya sejak semalam. Maaf, jumud sangat pemikiran penulis ini (Tak faham jumud sila google).

“Memang betul isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah, TETAPI, kalau tak penat lah kan?

“Yakni, lepas jaga anak, basuh baju, memasak, cuci pinggan, bersihkan tandas, kemas katil, beli barang di pasar, siapkan homework anak2, handle perangai mak mertua (kalau yang jenis mak mertua tak sporting), siram bunga and pokok kat luar, kemas beranda rumah,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan sendiri oleh pelakon filem G1la Bola itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut berpendapat para suami juga harus menjaga penampilan diri sewaktu di rumah sekiranya mahu isteri melakukan perkara yang sama.

“Ini semua sebelum pergi office dan selepas balik office! Jadi kalau isteri kat rumah tak bersiap, tetapi keluar dan rumah semua di jaga elok, dah kira hebat dah tu?

“Suami nak isteri berhias? Suami pun kena lah trim bvlu ket1ak, mulvt jangan bau petai, rajin mandi, jangan asyik pakai kain pelikat bau kep4m.

“Barulah adil kan? Perkahwinan ni is a teamwork. Bukan tanggungjawab salah sorang je.

Setuju? Atau masih ramai yang #Jumud?,” ujarnya lagi.

Malihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar pemikiran tersebut dapat diubah.

“Setuju Datuk. Sebagai suami, saya cakap kat isteri bila kat rumah ni chill-chill je tak perlu bazir makeup/berhias sebab nanti saya juga yang tolong bayarkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“I like your thinking.

“Sesungguhnya isteri juga punya mata dan hidung. Juga suka sesuatu yang wangi dan kemas.

“Setuju sangat. Perkongsian hidup perlu ada teamwork, tolak ansur dan saling memahami,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Komen Netizen:

Untuk rekod, Fazley dan isterinya, Datin Azrene Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.

 

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*