“Muka cina” – [Vide0] Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

Sebagai rakyat Malaysia, salah satu perkara yang membuatkan kita tersenyum adalah melihat sesuatu kaum itu dapat menguasai bahasa bangsa lain.

Seperti dalam satu video di TikTok ini, jika diperhatikan sekali pandang macam bangsa Cina tetapi bila mendengar dia berbahasa Tamil, isteri dia sendiri terkedu.

“Muka cina, cakap tamil, subtitle nogori.” Itulah antara reaksi netizen apabila menonton video yang telah meraih 840K jumlah tontonan dalam masa 21 jam.

Jika diperhatikan ianya seperti lelaki tersebut menasihati kanak-kanak yang bermain di kawasannya untuk lebih berhati-hati, pertuturan itu dilakukan dalam bahasa Tamil.

Tertarik dengan keunikan pada lelaki ni, ramai netizen akui bahawa mereka tengok video ini berulang kali tanpa jemu.

Video:

@saya_tiaa

#drama15saat😂 #fyp #foryou #kamisempoiii🔥🔥🔥

♬ original sound – saya tiaa – saya tiaa

Ketika dihubungi Lobak Merah, isterinya yang merakam video tersebut menjelaskan bahawa suaminya, Nadeen Karthik itu sebenarnya seorang “Cindian” ( ibunya berbangsa Cina dan ayahnya berbangsa India).

Katanya Atia, selama ini suaminya itu merahsiakan bahawa dia boleh bertutur bahasa Tamil, malah dia juga menjelaskan bahawa semua kawan-kawan Karthik berbangsa Melayu.

Komen Netizen:

Pasangan ini berkahwin pada 12 Disember 2020 lalu, Atia menjelaskan hubungannya dengan mertua sangat baik dan menjelaskan bahawa keluarga mertuanya semua jenis open minded.

Wah, bagus lah macam ni, lepas Atia berkahwin dengan suaminya ini, dah complete berbilang kaum. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*