“Dari kecik nampak dia” – 28 Tahun Kerja di Stesen Minyak, Majikan Hadiahkan Makcik Pakej Umrah

Benarlah kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Kalau kita sudah berusaha semampu yang boleh, pasti perkara yang baik akan datang juga satu masa nanti.

Kata-kata ini bolehlah kita inspirasikan daripada kisah seorang makcik yang kini viral di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian @siti5874, makcik bernama Sapuan ini telah bertugas di Petronas Pendang, Kedah selama 28 tahun! Uish lama betul tu. 

Digelar staf yang paling legend di stesen minyak tersebut, majikan makcik ini telah menghadiahkannya pakej umrah sebagai ‘Long Service Reward’ kepada makcik tersebut. Allahu rezeki! 

Menerusi video tu, korang dapat lihat makcik berkenaan telah menaiki flight business class untuk ke Tanah Suci Mekah dan dia telah mengerjakan ibadah umrah di sana bersama beberapa individu lain.

Video tersebut telah mendapat pelbagai komen positif dari netizen yang memuji majikan Makcik Sapuan yang telah memberikan hadiah terbaik buat wanita itu.

Video:

@siti5874

Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kpd beliau🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #tiktok #viral #fypdongggggggg

♬ suara asli – Galeri Musik01 – Galeri Musik01

Malah ada juga di kalangan netizen yang mengenali makcik terbabit dan mengakui wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi. Lama betul tu! Ada di antara kita yang tak lahir lagi gamaknya. 

Seronok tengok makcik ni akhirnya dapat ke Tanah Suci. Moga-moga kita pun satu masa nanti dikurniakan rezeki untuk ke sana juga. 

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*