[Vide0] Datuk Jamal Akui Tetap Nerv0us, Ters4sul Masa Azankan Anak Ke-5

Bersempena dengan tarikh yang istimewa pada hari ini iaitu bertarikh 22.02.2022, ramai yang menginginkan untuk mendapatkan cahaya mata dan ada juga yang ingin melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang istimewa ini.

Tetapi rupanya ada selebriti yang telah melahirkan cahaya mata pada hari ini iaitu Kaka Azraf dan suami serta Syamil dan isterinya Ernie Zakri juga telah berkongsi berita gembira mereka. Manakala yang mendapat liputan luas iaitu penyanyi Pop terkenal iaitu Datuk Jamal Abdillah juga telah menyambut kelahiran anak kelimanya pada hari ini.

Menurut Datuk Jamal, beliau menzahirkan rasa teruja apabila beliau dan isteri mendapat anak lelaki yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani dalam keadaan sihat dan sempurna. Walaupun sudah mempunyai 5 orang cahaya mata, datuk Jamal akui masih lagi gementar.

Menerusi sebuah hantaran video di laman Istagram miliknya, video tersebut sedang memaparkan Datuk Jamal yang sedang mengazankan baby Iskandar Rayyan dan kerana terlalu gementar, malah beliau sedikit tersasul tetapi ianya tetap berakhir dengan alunan yang sangat merdu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ❤️‍🔥D’JA (@jamalabdillahofficial)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah kerana menyambut kelahiran anggota keluarga baharu. Selain itu netizen juga mendoakan semoga baby Iskandar Rayyan menjadi anak yang soleh yang dibanggakan oleh Datuk dan Datin.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Instagram jamalabdillahofficial

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*