‘Jaga Solat, Hafal Al-Quran & Jangan Kec3wa Hati Wanita’ – Nora Danish Titip Pesanan Sempena Hari Lahir Ney Ney

Pejam celik pejam celik sudah empat tahun usia anak bongsu pelakon Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim Nazri.

Bagi menjadikan tarikh 22 Februari itu lebih bermakna, Nora dan suami, Nedim Nazri Aziz memilih Taman Tema Genting SkyWorlds sebagai destinasi untuk Neqayl atau lebih mesra disapa Ney Ney bersuka ria.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nora, 39, mendedikasikan ucapan menyentuh jiwa khas untuk anak kesayangannya.

Sama harapan seperti ibu lain, pemilik nama Nora Diana Mohd Danish Hanif mendoakan agar Ney Ney menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi Allah.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut mengingatkan Ney Ney untuk setia dengan wanita pilihannya apabila sudah remaja nanti.

Happy 4th birthday Mohamed Neqayl Nedim Nazri manja mommy. Awak tau mommy sayang awak sangat. Mommy akan sentiasa doakan kebahagian adik, dilindungi dunia akhirat, dipanjangkan umur, menjadi anak yang soleh, dikelilingi hamba-hamba Allah yang membawa kebaikan.

Menjadi anak yang boleh menyayangi mommy daddy popua oma ke syurga okey sayang? Insya-Allah.

Yang penting jangan kecewakan hati wanita bila besar nanti dengan mata manja, mulut manis awak tu? Faham! Hehe. Love you sweetheart.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo berharap agar Ney Ney menjaga tuntutan wajib sebagai Muslim serta membaca dan menghafal al-Quran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

From pumpkin to volcano then tornado and now Michael Jackson. Nanti bila besar harap jadi anak yang pintar okey booboo.

Pandai menilai mana yang baik dan bvruk. Jaga solat sayang. Dan jadilah manusia yang suka membaca dan menghafal quran. I love you!

Komen Netizen:

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Bossned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ney Ney.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.

 

Sumber: Instagram @noradanish

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*