Bayar Cash RM58,000 Servis Lamborghini, Tapi Ramai Persoal Resit Macam Kedai Tomyam

Baru-baru ini tular video dikongsikan di aplikasi TikTok dikongsikan di laman Twitter memaparkan seorang pemuda menayang wang tunai ‘berkepuk’ ketika membuat pembayaran servis kereta mewah miliknya.

Menerusi video itu, pemuda tersebut dilihat berada di sebuah bengkel kereta yang melakukan servis pada kereta Lamborghini miliknya.

Dalam video itu turut dimaklumkan kos servis keretanya berharga RM58,200 dan pemuda itu mengatakan harga tersebut boleh membeli sebuah kereta.

Lebih menjadi perhatian, pemuda tersebut dilihat mengeluarkan wang tunai tersebut daripada begnya untuk dibayar kepada kedai berkenaan.

Namun, lain pula reaksi netizen yang pelil melihat pemuda berkenaan membayar jumlah yang banyak itu secara tunai sedangkan banyak cara mudah untuk melakukan pembayaran serta ada netizen mengesyaki sesuatu yang tidak baik.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen mempersoalkan mengenai resit yang disediakan oleh kedai berkenaan yang hanya menggunakan resit biasa seperti kedai tomyam dan ditulis menggunakan tangan sahaja.

Komen Netizen:

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan video tersebut hanyalah untuk konten semata-mata kerana melihatkan resit hanya ditulis menggunakan tangan sahaja untuk servis berharga RM58,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gulapop.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*